27 Muharram 1433H. [MOD] -
ROMPIN - Seorang bayi berusia 48 hari nyaris menjadi mangsa lemas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Kurnia dekat Rompin, selepas bayi itu terlepas dari dakapan ibunya yang ketika itu sedang bersiap sedia berpindah ke pusat pemindahan banjir.
Nor Alisya Abd Malek hampir terjatuh ke dalam air banjir sedalam satu meter berdekatan rumahnya, namun tindakan pantas seorang jiran yang sempat menyambut bayi itu daripada terjatuh berjaya menyelamatkan mangsa daripada lemas.
Ibu mangsa, Mariam Osman, 31, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia bersama-sama mangsa banjir yang lain sedang bersiap sedia untuk menaiki trak Jabatan Bomba dan Penyelamat ke pusat pemindahan banjir di Balai Raya Teluk Gading, Tanjung Gemok.
“Keadaan permukaan jalan yang licin sewaktu meredah banjir menyebabkan saya tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh, namun bersyukur kerana bayi saya sempat diselamatkan jiran yang kebetulan berjalan di sebelah kiri saya,” katanya.
Mariam yang masih berpantang berkata, dia dan keluarganya terpaksa meredah banjir memandangkan air sedalam satu meter sudah masuk ke dalam rumahnya sejak awal pagi semalam.
“Kami tidur dalam keadaan banjir, sebaik saja sedar, saya dapati air sudah naik paras lutut dan kemudiannya pada jam 11 pagi air sudah cecah paras pinggang menyebabkan kami ambil keputusan berpindah,” katanya.
Sementara itu, jirannya, Aminah Mohd Daud, 42, berkata, dia berasa terkejut apabila mendapati rakanya itu tiba-tiba rebah, namun sempat menyambut bayi itu daripada tergelincir bersama Marian.
“Kejadian ini berlaku dalam sekelip mata, namun tak sangka dapat menyambut bayi tersebut daripada ditenggelami air kerana pada masa itu saya hanya memikirkan nyawa bayi berkenaan,” katanya.
Aminah berkata, detik cemas yang dilaluinya itu adalah peristiwa yang tidak akan dilupai dalam hidupnya kerana dapat menyelamatkan seorang nyawa daripada lemas akibat daripada permukaan jalan yang licin.
“Syukur kerana tiada nyawa yang melayang semasa kejadian ini, namun kami tetap berasa bimbang dengan keadaan rumah selepas banjir kerana terpaksa mengemas rumah sebaik saja banjir kembali surut,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan