17 Safar 1433H. [MOD] -
KUWAIT 11 Jan. - Dua pegawai tentera Kuwait yang menyertai misi pemerhati Liga Arab cedera ringan akibat diserang beberapa penunjuk perasaan di Syria, semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan Kuwait, kejadian tersebut merupakan kes pertama yang dilaporkan di negara itu yang melibatkan pemerhati Liga Arab.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa, kedua-dua pegawai itu telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Liga Arab telah menghantar 165 pemerhati ke Syria bagi memastikan negara itu mematuhi pelan damai yang telah dirangkanya.
Antara lain, pelan tersebut menuntut rejim Presiden Bashar al-Assad menghentikan pembunuhan penunjuk perasaan dan mengundurkan senjata berat dari semua bandar di Syria.
Pelan itu juga menuntut Syria membebaskan tahanan politik dan membenarkan kemasukan pertubuhan hak asasi manusia serta wartawan asing. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan