17 Safar 1433H. [MOD] -
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki mati ditembak di luar pekarangan Plaza Sentosa, di sini, pada jam 7.50 pagi semalam.
Mangsa, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, melalui kawasan berkenaan sebelum ditembak.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, mangsa terkena tembakan di bahu kiri dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kita masih menyiasat motif pembunuhan dari pelbagai aspek, termasuk meneliti kamera litar tertutup (CCTV),” katanya, semalam.
Zainuddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.
Sementara itu pengawal keselamatan premis berkenaan, Azman Mohd Nor berkata, dia sedang meronda di tingkat empat apabila mendengar bunyi letupan.
“Saya tak syak apa-apa kerana ingat ia adalah bunyi tayar lori pecah. Namun, apabila saya turun ke tingkat bawah, pasukan polis sudah sampai ke lokasi kejadian,” katanya.
Orang ramai yang mem-punyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi hotline 07-2212999 atau balai polis berhampiran.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan