20 Januari 2012

Fenomena Rosmah telah membarah , liabiliti buat umno

26 Safar 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Fenomena “penjimatan” oleh Rosmah telah mencetus suasana baru politik tanah air, memandangkan beliau (Rosmah Mansur) merupakan isteri kepada Perdana Menteri, maka atas nama itu isu ini telah menjadikannya sebagai tarikan luar biasa sehingga muncul aplikasi permainan telefon pintar yang mirip kisah Rosmah dengan cara belanjanya.

Saya lihat isu salahguna wang kerajaan ini telah tersebar luas, tidak cukup dengan cincin yang dikatakan dimiliki oleh Rosmah Mansur, ditambah pula lagi dengan koleksi bag tangan berjenama yang menjadi miliknya, maklumat sebegini amat luar biasa berbanding isteri-isteri PM sebelum Najib Razak.

Gaya serta minat berbelanja mewah dan melampau seperti yang dipamerkan oleh DS Rosmah telah memberi inspirasi kepada penghasilan aslikasi permainan telefon pintar yang diberi nama AKU JIMAT, pengguna boleh muat turun dan pasang di iphone serta android.

Pengguna yang bermain dengan aplikasi ini pasti boleh kenal pasti apakah item yang mahu dibeli dengan wang yang disimpan sejak kecil, jika kita lihat, senarai barangan yang boleh dibeli dalam aplisaksi ini adalah aksesori yang ada dalam senarai koleksi produk berjenama mahal milik Rosmah.

Situasi Umno nampaknya semakin genting dengan perkembangan ini, manakan tidaknya, isteri Presiden Parti sendiri merupakan liabiliti terhadap Umno-BN, dalam masa sama para ahlinya masing-masing membuat pendekatan "yes sir" dan tidak berani kemuka usul itu yang bercanggah dengan kehendak Presiden.

Aplikasi permainan ini tidaklah khusus direka sempena nama DS Rosmah, tetapi saya yakin ahli Umno dan Rosmah khususnya jika pandang cermin pasti nampak siapakah watak sebenar dalam permainan AKU JIMAT.

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar,20 Januari 2012.

Tiada ulasan: