20 Januari 2012

Zuraida dakwa Shahrizat terdesak

26 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA- Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kian terdesak sehingga terpaksa memfailkan saman RM100 juta terhadapnya dan Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli berhubung skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau tidak gentar dengan tindakan saman itu dan akan terus menggiatkan usaha melakukan jelajah kempen pendedahan mengenai isu NFC.

"Permohonan perintah injuksi beliau bagi menghalang saya dan Rafizi daripada membuat sebarang kenyataan lisan atau bertulis terhadapnya berkaitan NFC atau syarikat bersekutunya jelas menunjukkan beliau kini sedang tertekan dan terdesak.

"Beliau tidak berhak halang kami bersuara. Selaku Ahli Parlimen saya berhak membela dan memperjuangkan nasib rakyat sama ada di dalam atau diluar Dewan Rakyat. Demi rakyat, saya akan terus bersuara!," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini pagi ini.

sinar harian/-

1 ulasan:

Huda Al Hadi berkata...

Sudahlah kak Ijat, cerita 'lembu masuk kondominium' bukan dimula olih kumpulan penentang tetapi olih Laporan Audit Negara yang kredibilitinya wajar dipercayai. Jabatan Audit adalah jentera pentadbiran Negara. Orang respon pada isu itu kerana ianya "Pelik bin Ajaib" isu melibatkan duit rakyat yang telah disalah tadbir oleih kerajaan UMNO/BN. Apatah lagi yang terlibat ialah keluarga menteri.

Soalannya; Wajarkah projek dan program pembangunan itu dilegarkan kepada mereka yang berjawatan dalam kerajaan atau keluarga mereka?...
Apakah rakyat biasa tidak mempunyai hak untuk berkongsi memajukan negara? Jumlah RM250 Juta mencukupi keperluan untuk memajukan sesebuah negeri pada satu-satu tahun.

Jangan Kak Ijat menjerit....gunalah masa bercuti ini untuk 'Muhasabah' diri bagaimana perlakuan buruk yang zahir atau tersembunyi yang melibatkan kepentingan rakyat. Jangan lagi ada ramai pemimpin sebelum jadi wakil rakyat nilai kayanya RM 50,000 tapi bila pegang jawatan kayanya beribu juta.

Eloklah Kak Ijat berkerjasama dengan SPRM atau PSC mendedahkan kepincangan pemimpin sekurang-kurang stresnya tidaklah kuat sangat. Bila ramai yang kena dakwa maka boleh dibuat perbandingan siapa yang paling banyak kebas duit rakyat dan pada masa itu mungkin yang melibatkan kak Ijat sikit saja. Jadi Kak Ijat bolih kata "aku punya sikitnya!!..".