26 Safar 1433H. [MOD] -
ANKARA: Menteri Luar Iran semalam memberi amaran kepada negara jiran Arabnya supaya tidak menempatkan diri mereka dalam ‘kedudukan berbahaya’ dengan bersekutu dengan Washington berhubung sengketa mengenai aktiviti nuklearnya.
Iran mengancam menutup Selat Hormuz jika tindakan Barat mengharamkan eksport minyak mentahnya melumpuhkan sektor tenaganya.
Teheran yang menyangkal dakwaan kononnya ia berusaha menghasilkan senjata nuklear, berang apabil Arab Saudi, berkata, ia mungkin menambah pengeluaran minyak untuk pelanggan penting jika perlu, jika eksport minyak Iran dikenakan sekatan.
“Kami inginkan keamanan di rantau ini. Tetapi beberapa negara jiran, mahu diarah oleh negara lain yang terletak sejauh 12,000 batu dari rantau ini,” kata Menteri Luar, Ali Akbar Salehi ketika melawat Turki. - AP

2 ulasan:
kita pula kena ingat : jangan percaya sgt kat iran bermusuh dgn amerika.
berkrisis dgn amerika tidak semestinya membela islam yg benar. korea utara pun musuh amerika.
jangan mudah terpedaya dgn krisis iran-amerika
ketakutan anda kepada iran -syiah..melebihi takutnya anda kepada amerika -israel laknatullah..!
apa islam yang benar mengikut pandangan anda?
Catat Ulasan