17 Safar 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - "Dan, saat mendengar satu persatu patah bicara yang keluar daripada mulut Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang jelas membebaskan papa dari tuduhan itu, saat itu air mata saya, mama dan adik-adik gugur satu persatu.
"Papa bebas! Syukur tidak terhingga saya panjatkan kepada Ilahi, wajah mama dan adik-adik melintas di mata."
Demikian luahan hati anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dalam temu bual bersama Sinar Harian semalam.
Ahli Parlimen Lembah Pantai penggal pertama ini menambah: "Saya cari mereka, saya gapai mereka. Kami bersatu dalam pelukan mama yang hangat dengan kasih.... tidak dapat digambarkan kedamaian dan kesyukuran yang menerjah diri ini."
Menceritakan detik-detik menjelang hari penentian kes liwat dihadapi Anwar, Nurul Izzah berkata, beliau membisik ayahnya bahawa "akan kupeluk papa, kami sayang papa, ALLAH akan lindungi papa."
"Allah bersama kita Izzah. Apapun, kita akan kembali ke rahmatullah; maka jangan ditangisi kezaliman manusia..." kata-kata Wan Azizah menyusup masuk ke telinga Izzah, mengalir dalam dada dan meresap jauh ke dalam hati. Ia kekal di situ hingga saat ini.
Izzah dan adik-adik bangun seawal 5.45 pagi. Alunan surah Yasin yang mendayu-dayu cukup menggambarkan hiba mereka sekeluarga. Selepas solat Subuh mereka kemudiannya menjamah sedikit sarapan sekadar mengalas perut. Seperti biasa papa (panggilan untuk Anwar) tetap dengan makanan kesihatannya. Mama (panggilan untuk Wan Azizah) menjadi pemerhati setia. Ketika itu Izzah saling bertatap pandang wajah-wajah di sekelilingnya. Papa, mama dan adik-adik. Semuanya berhimpun. Merenung dalam kesayuan, jauh di sudut hati mereka tidak mahu berharap, walaupun tidak putus mendoakan kebebasan untuk si ayah.
"Saya tadah tangan, syukur atas kasih sayang berpanjangan dan jitu antara kami sekeluarga. Kami jarang dapat kumpul bersama seperti yang terjadi malam itu. Suasana sungguh memilukan, namun ia juga damai dan membahagiakan. Indah seketika dapat bersama seluruh insan kesayangan di saat kami diuji sebegitu rupa," luah Izzah.
Malam sebelumnya detik yang paling meresahkan buat Izzah. Jika Izzah berasakan itu apatah lagi yang dirasakan oleh mama dan papanya.
Pastinya Izzah tidak dapat melupakan pada malam 8 Januari, ketika tengah malam anaknya Safiyah tiba-tiba bangun, menangis mahukan papaToknya (Anwar).
Safiyyah merengek kepada Izzah. "Kakak rindu papaTok, papaTok sihat ke mama..." pertanyaan Safiyah menyentap hati Izzah.
Anak kecil itu juga dapat berasakan kemungkinan papaToknya dirampas dari pangkuan keluarga.
Izzah hanya bermunajat, menyerahkan ketentuan kepada yang Esa.
Anak sulung yang bakal memikul segala tanggungjawab jika papa dan mama 'pergi' satu hari nanti itu pasrah.
"Kami sekeluarga berdoa, berharap meletakkan ketentuan masa depan papa kepada ALLAH SWT. Fikir saya, kita selaku manusia akan kembali kepada ALLAH. Teringat pesanan mama. Maka kita perlu bersedia melalui sebarang dugaan yang diputuskan olehNya. Dan di kala itu, kami perlu tetapkan iman, dan perkukuhkan tekad terus berjuang.
"Yang memberi kekuatan kami ialah keyakinan papa tidak bersalah dan kami ada perjuangan yang masih belum selesai. Kami perlu berjuang demi masa depan negara," kata Izzah menceritakan saat penting yang dilaluinya sekeluarga.
Membayangkan jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada papanya, Izzah tenang menjawab, "akan saya peluk papa seerat mungkin, saya akan bisik ke telinganya, kami sayang papa, ALLAH akan melindungi papa dan kami akan bersama papa, berjuang sehingga ke akhirnya."
Seperti yang ditetapkan, mereka bersama-sama meninggalkan rumah dengan seribu andaian.
Memasuki kenderaan dan meredah pagi 9 Januari itu dengan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi.
"Pemergian kami sekeluarga ke Kompleks Mahkamah di Jalan Duta merupakan satu perjalanan yang sangat panjang. Keresahan di hati semua ahli keluarga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Papa, mama walaupun tenang, tetapi mereka menanti dengan debar.
"Apabila kami semakin menghampiri mahkamah, Subhanallah..., hati saya dipenuhi rasa girang. Saya tersentuh dengan kehadiran begitu ramai penyokong. Di dalam hati, kudoakan mereka. Moga ALLAH membalas budi kalian.
"Ketika menuruni kenderaan, walaupun teringin sentiasa menggenggam tangan mama untuk mengalirkan semangat juang yang masih ada, namun saya akur apabila dia tidak dapat melakukan itu.
"Saya terpaksa berdiri mengenangkan ramai pimpinan Pakatan Rakyat sudi hadir.
"Detik yang ditunggu tiba jua, di saat hakim muncul untuk mengumumkan keputusan, saya lihat wajah mama tidak keruan. Sabarlah mama, tawakal pada yang Esa, walaupun tidak berbicara, namun hati kami saling berkongsi rasa.
"Dan, saat mendengar satu persatu patah bicara yang keluar daripada mulut Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang jelas membebaskan papa dari tuduhan itu, saat itu air mata saya, mama dan adik-adik gugur satu persatu. Papa bebas! Syukur tidak terhingga saya panjatkan kepada Ilahi, wajah mama dan adik-adik melintas di mata. Saya cari mereka, saya gapai mereka. Kami bersatu dalam pelukan mama yang hangat dengan kasih.... tidak dapat digambarkan kedamaian dan kesyukuran yang menerjah diri ini.
"Sekitar Kompleks Mahkamah dibasahi dengan air mata. Runtun hati saya melihat mama dan papa berpelukan erat.
"Detik itu amat menyentuh hati, tanpa sedar, saya hadiahkan doa buat mereka... "Ya ALLAH, janganlah pisahkan lagi kedua-dua insan ini - papa dan mamaku..."
"Seperti tersedar kami di khalayak dan laungan penyokong yang ramai, kami membalas sokongan mereka. Lambaian tangan papa dan senyuman kami hadiah buat mereka. Perlahan-lahan kami melangkah keluar mahkamah, manis sekali rasanya detik itu. Saya mendengar sokongan rakyat. Semangat reformasi menyala dalam diri.
"Destinasi kami selepas itu adalah Masjid Segambut. Kami ingin menyembah kepadaNya. Kata mama, ia rahmat buat kami sekeluarga.
"Tidak ada apa yang mampu saya balas budi mereka yang setia bersama papa dan mama dan juga bersama perjuangan Keadilan (PKR) yang mana kini saya menjadi Naib Presidennya.
"Saya mahu berjuang dengan ikhlas, Demi Rakyat. Semuanya tidak terhenti dengan pembebasan papa.
"Pengakhiran hidup, walau di mana pun kita bermula, pastinya kita mahukan yang terbaik. Kami semua berharap sentiasa diberkati ALLAH SWT dengan keikhlasan dan kasih kepada rakyat sebagai pengisian utamanya."
Sinar Harian

1 ulasan:
Bila aku baca warkah nurul, aku juga mengalir air mata terasa sebak di dada. doa ku sama seperti yang mereka doakan. teruskan lah perjuangan murni mu. berjuang fi sabilillah.
Catat Ulasan