7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
BALAKONG - Penduduk di Taman Harmoni, Balakong bimbang apabila sebuah rumah kosong yang ditinggalkan lebih dua tahun lalu kini dijadikan sarang mengumpul barangan terpakai oleh beberapa mat gian.
Penduduk, Ikhzal, 37, berkata, sebelum ini rumah itu diduduki penyewa, namun diarahkan keluar oleh tuan rumah kerana ingin menjalankan pengubahsuaian.
Bagaimanapun menurutnya, dalam tempoh lebih dua tahun ini, kerja pengubahsuaian terhenti dan kini mengundang masalah baru kepada penghuni di kawasan berhampiran apabila ‘rumah tinggal’ itu dijadikan markas mengumpul barang terpakai oleh sesetengah individu dipercayai penagih.
“Ada kalangan mereka seperti penagih dan kami bimbangkan keselamatan apabila rumah itu mungkin akan menjadi lokasi penagih melepak dan mengumpul barangan terpakai, apatah lagi kawasan rumah hampir dengan pusat membeli dan mengumpul barangan terpakai,” katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan, sebelum ini berlaku dua kejadian pecah rumah bersebelahan rumah kosong itu menyebabkan penyewa berkenaan serik dan berpindah ke kawasan lain.
Ikhzal berkata, dia pernah cuba menghubungi tuan rumah berkenaan, namun gagal kerana dikatakan telah menukar nombor telefon.
Keadaan itu katanya, menyebabkan penduduk terpaksa memohon tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar masalah dapat diselesaikan segera.
“Sebelum membuat pengubahsuaian, pihak mereka ada meminta izin untuk membuka bumbung rumah, namun selepas kerja pengubahsuaian terhenti, bumbung ditinggalkan terbuka menyebabkan air memasuki rumah bersebelahan.
“Dua basikal saya sebelum ini turut dicuri, malah penduduk di kawasan ini beberapa kali bertindak menghalau beberapa lelaki yang memasuki rumah tinggal ini disyaki sebagai penagih kerana bimbang akan mengundang gejala negatif,” katanya.
Ikhzal berkata, pihaknya memohon agar PBT dapat mengenal pasti pemilik rumah berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya mandangkan keadaan rumah yang ditinggalkan mengundang ketidakselesaan kepada penduduk.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan