7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SELARU – Penduduk Taman Rasa Sayang, di sini, gusar apabila tangki yang menyalurkan air bersih ke kawasan mereka terjejas akibat limpahan tanah dari tebing berhampiran hingga menyebabkan bekalan air yang diterima kotor dan berpasir.
Yang Dipertua Persatuan Taman Rasa Sayang, Mohd Rudzi Mat Deris, 49, berkata, hujan lebat beberapa hari lalu menyebabkan tanah liat berpasir memasuki saluran tangki berkenaan.
“Ini berikutan longkang yang dibina sudah tidak berfungsi kerana dipenuhi tanah.
“Bukit ini mengotorkan air tangki kerana tanah memasuki saluran berkenaan hingga menyebabkan air di rumah seperti berpasir,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dua hari lalu, masalah lain pula timbul apabila air mencurah keluar dari tangki berikutan pelampung yang digunakan tidak berfungsi.
“Saya difahamkan bekalan elektrik yang disalurkan ke tangki ini tidak dihidupkan, menyebabkan pelampung tidak dapat berfungsi dengan baik.
“Air melimpah selama dua hari, sekali gus menyebabkan pembaziran,” katanya.
Sementara itu, katanya, tangki itu membekalkan air kepada 68 penduduk di taman berkenaan.
“Sebelum ini, taman ini belum pernah mengalami gangguan air. Jadi, saya harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera sebelum perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Muhd Rudzi berkata, beliau juga berharap pihak berkenaan dapat memasang lampu di kawasan tangki berkenaan.
“Saya sering lihat anak-anak muda melepak di sini pada waktu malam. Walaupun sudah ditegah tetapi mereka masih berdegil,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan