22 Mac 2012

RM9.7 juta baikpulih pangsapuri kos rendah

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 22 Mac: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sejumlah RM9.7 juta di bawah program bantuan baikpulih pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah yang dikenali sebagai Skim Ceria (Caring Government for Residence Improvements Aid).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata satu tabung amanah juga telah ditubuhkan pada tahun 2011 bagi tujuan pelaksanaan skim tersebut.

Perlaksanaan skim tersebut juga katanya adalah dengan konsep perkongsian kos antara kerajaan negeri dengan pemilik rumah.

"Bagi pangsapuri kos rendah yang mana kerajaan negeri menanggung sebanyak 80 peratus dan penduduk sebanyak 20 peratus, pangsapuri kos sederhana rendah pula kerajaan negeri 60 peratus manakalan penduduk 40 peratus," katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor.

Skim Ceria katanya dilaksanakan bagi tujuan membaikpulih kerosakan atau kecacatan harta bersama pangsapuri seperti yang ditafsirkan di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) seperti lif, tangki air, bumbung dan sebagainya.

Menurut beliau lagi, aspek keselamatan, kebersihan dan kecerian adalah kriteria utama yang akan dilihat dalam menilai kerosakan atau kecacatan harta bersama yang akan dibaikpulih.

"Perlaksanaan Skim Ceria dibahagikan kepada dua fasa yang mana fasa pertama perlaksanaannya telah melibatkan 17 buah pangsapuri kos rendah dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM2.2 juta.

"Manakala fasa kedua pula melibatkan 33 pangsapuri kos rendah dan 20 pangsapuri kos sederhana randah dengan implikasi wang hampir RM7.2 juta serta dimanfaatkan hampir 19,000 jumlah unit kediaman," sambung Adun Cempaka itu lagi.

Menurutnya, skim tersebut selaras dengan mendukung dasar Negeri Berkebajikan dan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), dalam memangkin pembangunan komuniti "miskin bandar" selain daripada meringankan beban ekonomi golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar.

harakahdaily/-

1 ulasan:

jmbsacaria bandarcountry homes rawang. berkata...

pengurusan jmb casaria amat berbangga dengan adanya skim ceria ini.sedikit sebanyak membantu masalah rumah kediaman bertingkat.jmb casaria berharap permohonan yang kami hantar dapat pertimbangan dari kerajaan selangor.