4 Rejab 1433H. [MOD] -
KEM PLKN Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar ditutup selepas dikenakan tindakan sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Mei lalu. Gambar kecil, Abdul Hadi.
KUALA LUMPUR - Seramai 248 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak akan dipindahkan ke kem lain berikutan notis sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Mei lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pengusaha kem berkenaan diarah mengosongkan kem itu kerana gagal membayar hutang kepada sebuah syarikat pembekal.
"Syarikat itu meminta perintah mahkamah untuk menyita kem berkenaan berikutan pengusaha kem itu tidak dapat melunaskan hutang kepada syarikat berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis latihan koordinasi senaman tari sempena Himpunan Jutaan Belia di padang Zetro, Wangsa Maju di sini semalam.
Abdul Hadi menambah, kesemua pelatih akan dipindahkan ke kem yang paling hampir dengan kediaman masing-masing pada 28 Mei ini.
Beliau memberitahu, walaupun notis mahkamah itu diterima pada 22 Mei lalu, program di kem itu tidak terjejas kerana hanya peralatan dan kelengkapan kem yang disita.
kosmo/-
3 ulasan:
Nyaya kan bebudak pelatih tu, pindah sana pindah sini.
Ujian Allah semua ini. Semua yang kita buat didunia ini samada jalan betul atau salah akan dihakimi dan dibalasi dgn apa cara jua. Buat baik dapat baik manakala buat jahat dapat jahat. Wallahualam
pengusaha kem ini memang orang yg bermasalah. saya ketika itu sbg Ketua Unit OSC Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (Jan 2008 - Julai 2009). kita pernah keluarkan stop work order kpd pemilik kem ini, Hj. Amir kerana membina kem tanpa kebenaran dan tidak submit sebarang plan kpd MPKK. kita kenakan denda kpd dia. RM230K. dia merayu. kita kurangkan RM100K. so dia kena bayar RM130K shj. boleh dibayar ansuran lagi sebanyak RM13K sebulan. itu pun dia bayar beberapa bulan shj. selepas tu dia main wayang. berbeza dgn pemilik kem yg setentang dgn dia iaitu kem Desa Rimba yg dimiliki oleh Nasir. kena denda jugak kerana bina tanpa kelulusan. dia bayar denda tu sampai habis. kem ini tiada masalah pun. kem Tangkas Kendiri memang bermasalah kerana pemiliknya, Hj. Amir dan 2 rakan kongsinya suka berjanji kosong tetapi tiada komitmen. cakap tak serupa bikin. kuat kencing. akhirnya kem ini disita. semoga menjadi pengajaran yg terbaik terutama kpd Hj. Amir. jangan kuat kencing.
Catat Ulasan