09 Julai 2012

Adun Tmn Templer Ketua Pembangkang Selangor?

19 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: "Jika saya boleh mencadangkan agar Adun Taman Templer menjadi Ketua Pembangkang Selangor, saya akan membuat surat itu kerana dia jauh lebih layak dari yang ada.

"Tetapi oleh kerana Selangor telah mengeluarkan arahan untuk tidak lagi membuat surat sokongan, saya tak boleh lah.

"Tetapi saya yakin dengan prestasi Sungai Panjang (Datuk Dr Khir Toyo) dan Seri Serdang (Datuk Mohd Satim Diman), saya yakin dia (Adun Taman Templer - Datuk Seri Subahan Kamal (gambar) lebih layak," kata Azmin Ali, Adun Bukit Antarabangsa.

Beliau beliau berkata demikian dalam sidang DUN Selangor hari ini.

Azmin berkata demikian ekoran Adun Taman Templer yang sentiasa bangun bertanya dalam sidang DUN Selangor berbanding Ketua Pembangkang yang ada.

Adun Bangi (Dr Shafei Abdul Rahman) kemudiannya bertanya, adakah beliau berpandangan Adun Taman Templer itu lebih layak jadi Ketua Pembangkang Selangor.

Wanita tanpa tudung

Terdahulu, isu pemimpin wanita Pakatan Rakyat yang bukan Islam yang tidak memakai tudung menyertai majlis senamrobit dalam kawasan masjid menjadi isu.

Subahan dan seorang lagi Adun BN mempertikaikan kenapa Pakatan membenarkan pemimpin itu tidak memakai tudung dalam kawasan masjid.

Azmin berkata, soal wanita bukan Isam tidak memakai tudung tidak berbangkit langsung kerana mereka bukan Islam.

"Yang perlu dipersoal oleh Adun BN adalah isteri Perdana Menteri yang beragama Islam dan tidak bertudung...itu yang patut dipersoal dahulu," kata Azmin yang mendapat tepukan meja bergemuruh dalam sidang itu.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: