09 Julai 2012

Gadis pakai lampin

19 Syaaban 1433H. [MOD] -

PASIR MAS: Melihat susuk tubuhnya, dia bagaikan kanak-kanak berusia tiga tahun manakala tingkah laku pula seperti bayi apabila tidak dapat bertutur atau berdiri serta masih memakai lampin pakai buang.

Begitu nasib Siti Salwani Abdullah, dari Kampung Simpol, Tok Uban, dekat sini, yang berusia 19 tahun.

Dengan ketinggian cuma 83 sentimeter dan berat 14 kilogram, anak keempat daripada tujuh beradik itu terpaksa melupakan segala-galanya, termasuk alam persekolahan dan remaja.

Dia kini terperap di rumah bersama bapanya, Abdullah Salleh, 67, tiga adik, Mohd Khir, 18, Mohd Lutfi, 16 dan Saadon, 14, dan datuk, Salleh Awang Kechik, 90, selepas ibu mereka, Ramlah Ismail, meninggal dunia pada 2007 akibat barah hati.

Dua kakaknya, Nurul Asyikin, 27, dan Nurul Akmar, 24, bekerja di Kuala Lumpur, manakala seorang lagi kakak, Siti Adawiyah, 22, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam.

METRO/-

Tiada ulasan: