09 Julai 2012

Minta penjelasan caj di Pantai Air Papan, Mersing

19 Syaaban 1433H. [MOD] -

Saya mewakili penduduk daerah Mersing tidak berpuas hati dengan kadar caj yang dikenakan terhadap pengunjung Pantai Air Papan di Mersing kerana ia dilihat tidak munasabah.

Selain itu kami juga meragui akan resit dan kutipan yang dibuat kerana tidak ada sebarang syarikat atau badan tertentu tertera pada resit secara sah.

Perkara ini pernah diajukan pada pihak PBT tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Wakil rakyat Umno juga langsung tidak memberikan apa-apa tindakan.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: