19 Syaaban 1433H. [MOD] -
MANILA: Pegawai kuarantin lapangan terbang negara ini semalam menemui dua juta anak belut disembunyikan dalam kotak di Lapangan Terbang Manila yang dipercayai untuk dihantar ke restoran di Hong Kong.
Anak belut itu disimpan dalam beg plastik berisi air dan disembunyikan dalam 46 kotak, kata ketua bahagian kuarantin Lapangan Terbang Manila, Ben Curativo. Filipina Mei lalu mengharamkan pengeksportan anak belut selepas kajian menunjukkan bilangan spesies itu semakin pupus.
“Ia sedia untuk diangkut ke dalam pesawat yang menuju ke Hong Kong dan kami kini mengesan individu di sebalik penghantaran itu,” katanya kepada media.
“Kami mengesyaki anak belut itu akan dibesarkan di sana dan apabila sudah matang akan digunakan untuk hidangan di restoran,” katanya. - Manila Times

Tiada ulasan:
Catat Ulasan