09 Julai 2012

Saya tidak benci Mahathir tapi ‘Mahathirisme’ – Lim

19 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang yang baru kembali dari lawatan empat hari ke Myanmar tertarik dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau tidak tahu mengapa Lim membencinya.

“Biar saya menekankan kepada Mahathir yang bukan beliau yang saya membenci dan menyukai tiga bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein dan Tun Abdullah serta rakyat Malaysia; sebaliknya apa saya menentang adalah kemunculan ‘Mahathirisme’ dalam senario politik Pilihanraya Umum ke-13,” kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tanggapan Mahathir itu salah sama sekali apabila mengeluarkan kenyataan bahawa pengundi telah menolak Abdullah kerana telah “dianiaya olehnya”: “Kali terakhir Abdullah bertindak kurang baik dengan saya, rakyat tidak menyokong BN. Oleh itu, ada segelintir yang bersimpati dengan saya”.

Katanya, sebab mengapa Abdullah dan Umno BN kalah teruk dalam pilihanraya 2008 adalah kerana selepas kemenangan besar dalam pilihanraya umum 2004, beliau telah gagal dalam menghakis warisan ‘Mahathirisme’ yang dibelenggu korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Baru-baru ini, ujarnya Mahathir telah menghidupkan semula ‘Mahathirisme’ dengan mengapi-apikan isu-isu perkauman, sumpahan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa sambil menakutkan-nakutkan rakyat Malaysia dengan isu perkauman di kalangan kaum Melayu akan hilang kuasa sekiranya Umno ditumpaskan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Selain itu, katanya dinyatakan bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang lemah dan bahawa apa-apa perubahan akan mencetus rusuhan, dan bahawa PRU13 akan dicemari isu perkauman.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menambah, Mahathir juga menyatakan bahawa pengundi Cina merupakan faktor penentu dalam PRU13 dan akhirnya akan menentukan pihak mana yang akan membentuk kerajaan baru.

Baginya, kenyataan-kenyataan itu yang tidak berasas dan tidak munasabah, provokatif, dan telah menentang lima dekad pembangunan negara Malaysia, visi Wawasan 2020 Bangsa Malaysia dan konsep 1Malaysia Najib Razak.

“Sambil menangkis isu ‘Mahathirisme’, Mahathir kini sedang kuat berusaha untuk memulihkan dan menubuhkan ‘Mahathirisme’ sebagai satu doktrin rasmi Umno BN selepas PRU13, samada yang diketuai oleh Najib atau sesiapa yang lain,” ujarnya.

Kita Siang berkata, pengundi Malaysia, terutamanya tiga juta pengundi baru dalam PRU13, mestilah berpakat dan menyangkal tanggapan Mahathir dan kemunculan Mahathirisme ditolak sepenuhnya dan membuat keputusan untuk menghantar satu mesej yang jelas bahawa PRU13 bukanlah mengenai perbezaan kaum tetapi mengenai masa depan Malaysia yang kekal harmoni, adil dan progresif dimana kita akan lihat pembanterasan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa dalam sejarah negara ini.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: