05 Julai 2012

EPL: United terus pancing pemain

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson dilaporkan bersedia membawa dua lagi muka baru ke Old Trafford menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bermula Ogos ini.

The Red Devils ketika ini sudah memiliki dua pemain baru iaitu bintang tengah Jepun, Shinji Kagawa daripada Borussia Dortmund dan pemain muda meningkat naik, Nick Powell daripada Crewe.

Terbaru, United dikhabarkan mahu menyunting khidmat James Rodriguez dan Joao Moutinho daripada FC Porto. Malah, sumber kelab itu mendedahkan Ferguson cuba memancing pemain tengah Tottenham Hotspur, Luka Modric. "Kami berharap dapat memiliki seorang lagi pemain atau lebih untuk memperkuatkan pasukan," katanya menerusi saluran MUTV.

Sinar Harian

Tiada ulasan: