15 Syaaban 1433H. [MOD] -
SEREMBAN – Seorang tukang gunting rambut cedera di mata akibat ditumbuk penjenayah dalam kejadian samun di Kampung Baru Rahang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kedai yang menjadi kediaman warga emas, Wong Foo Tuck, 70, tersebut secara tiba-tiba dimasuki tiga lelaki. Anak mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika ayahnya mahu menutup operasi berikutan hujan lebat.
“Ayah mahu tutup kedai kerana hujan lebat. Tiba-tiba tiga lelaki datang dan ugut ayah supaya serahkan barangan berharga.
“Mereka geledah kedai dan ambil wang tunai serta mata wang lama disimpan ayah sejak sekian lama,” katanya, semalam.
Menurutnya, seorang daripada suspek kemudiannya menumbuk dan membelasah ayahnya sehingga menyebabkan mata kanan lebam, sebelum melarikan diri.
“Saya hanya tahu mengenai kejadian ini ketika menghantar sarapan untuk ayah. Saya terkejut melihat mata ayah lebam dan ayah beritahu kejadian menimpanya sebelum kami membuat laporan polis di Balai Polis Rahang,” katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan