6 Ramadhan 1433H. [MOD] -
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengalu-alukan minat yang semakin kuat di kalangan para akademik untuk membuat kajian-kajian akademik berkaitan dengan landskap politik Malaysia menjelang Pilihanraya Umum ke-13.
Kajian-kajian tersebut pasti akan menyumbang kepada pengukuhan aktivisme politik berasaskan pengetahuan (K-Politics) di negara ini. Kecenderungan para akademik tersebut merupakan satu bentuk sokongan amalan K-Politics kepada parti-parti politik samada dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Parti-parti politik termasuk PAS sendiri mempunyai pasukan khusus memberi fokus kepada kajian-kajian akademik seumpamanya, sekaligus melengkapkan usaha ke arah memperkukuhkan budaya politik yang lebih baik.
Sehubungan dengan itu, PPP menghargai peranan para akademik khususnya Majlis Professor Negara (MPN) yang telah mengambil inisiatif menganjurkan Sidang Meja Bulat “PRU ke 13: Malaysia Pilih Siapa?”
PPP amat mengharapkan penemuan-penemuan kajian tersebut dapat dikongsi bersama dengan parti-parti politik sama ada dari BN atau PR, sesuai dengan matlamat membina budaya politik Malaysia yang sihat.
Di samping itu, PPP mengajak seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung PR supaya tidak panik disebabkan penemuan-penemuan yang dibuat oleh Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari UKM dan Prof Madya Dr Rohana Yusof dari UUM seperti yang dibentangkan dalam program anjuran MPN semalam.
Pada pandangan PPP kajian-kajian akademik yang dijalankan oleh beberapa universiti termasuk penemuan yang dibuat oleh Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat dan Prof Madya Dr Rohana Yusof belum cukup untuk menggambarkan siapakah bakal memenangi PRU ke 13.
Kajian-kajian yang dijalankan dengan kecederungan melihat persepsi politik rakyat lazimnya akan menghasilkan peratusan undi popular bukannya parti mana yang akan menang mengikut lokaliti DUN atau Parlimen.
Dengan tidak menafikan peratusan undi popular turut berpengaruh dalam menentukan parti mana yang akan menang, tetapi pengaruh itu tidak mutlak di dalam sistem politik Malaysia. Di Malaysia peratusan undi popular lazimnya tidak menggambarkan berapa bilangan kerusi parlimen atau DUN yang dimenangi oleh sesebuah parti politik, berbanding dengan negara yang mengamalkan sistem politik Proportional Representation.
Di negara-negara yang tidak mengamalkan sistem politik Proportional Representation, untuk meramalkan parti mana yang akan menang, persepsi politik pengundi mengikut lokaliti perlu dicerap.
Persepsi politik pengundi mengikut lokaliti ini akan menggambarkan berapa kerusi yang boleh dimenangi oleh sesebuah parti politik sekaligus parti manakah yang akan menang dalam pilihanraya.
Di Malaysia, untuk menjalankan kajian persepsi politik mengikut lokaliti ini memerlukan kos yang begitu besar dan buat masa ini hanya mampu dilakukan oleh parti-parti politik yang mempunyai jentara akar umbi yang kuat.
Oleh sebab itu, PPP berpandangan proses culaan yang dilaksanakan oleh parti-parti politik di Malaysia sehingga ke peringkat peti-peti undi di samping mencula kecenderungan politik setiap nama yang tertera dalam senarai pengundi adalah lebih kuat menggambarkan parti mana yang bakal menang.
Selain daripada itu, hari ini persepsi politik di Malaysia juga semakin dinamik, dengan ertikata persepsi pengundi sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Pengundi-pengundi Malaysia di bawah 50 tahun terutama di kawasan bandar mempunyai kecenderungan politik yang dinamik dan kurang kecederungan mengundi berdasarkan parti.
Berdasarkan kepada faktor tersebut, penemuan-penemuan yang dibuat oleh kajian Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat dan Prof Madya Dr Rohana Yusof belum tentu akan diterjemahkan dalam PRU ke 13, disebabkan penemuan itu telah berlalu lebih 5 bulan sekiranya PRU itu akan berlaku September ini.
Persepsi politik pengundi-pengundi bawah 50 tahun dan di kawasan bandar mungkin telah berubah disebabkan isu-isu semasa yang berlaku seperti BERSIH 3.0, NFC, Janji PR tentang PTPTN dan termasuk juga tsunami politik di Timur Tengah.
PPP melihat kedua-dua kajian yang dibuat oleh Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat dan Prof Madya Dr Rohana Yusof berlangsung semasa rakyat memperolehi ‘gula-gula’ politik Perdana Menteri khususnya selepas pembentangan belanjawan 2012, Oktober tahun lalu.
Selain daripada itu, beberapa krisis dalaman Kerajaan Negeri pimpinan PR di Kedah dan Selangor, yang dibesar-besarkan oleh media arus perdana ketika tempoh kajian dijalankan turut mempengaruhi persepsi pengundi.
Bagaimanapun, krisis tersebut telah dengan segera dipadamkan oleh pimpinan-pimpinan negeri PR sehingga situasi ini berkemungkinan akan merubah semula persepsi politik para pengundi.
Oleh sebab itu, PPP cenderung untuk bersetuju dengan hasil kajian Pusat Penyelidikan Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang menyatakan bahawa golongan atas pagar yang membuat keputusan di saat-saat akhir akan menjadi faktor penentu siapakah yang bakal menang dalam PRU ke 13.
Oleh sebab itu, sebagaimana yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, pada bulan Jun yang lalu, PPP berkeyakinan buat masa ini, dengan kehendak Allah, PR boleh memenangi sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen seterusnya akan berupaya untuk mencapai majoriti mudah dengan perubahan besar politik di Sabah dan Sarawak.
Penulis ialah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS.

5 ulasan:
rakyat pengundi senyap akan pilih kepimpinan yg telah menunjukkan bukti keberkesanan dan telah diuji kepimpinannya selama 4 tahun memerintah...tak lain tak bukan adalah DS najib Tun Abd Razak!
Kematangan rakyar berpolitik akan terjawab pada 5hb mei nanti,
Keberkesanan dan telah diuji kepimpinan tidak boleh diukur dengan
mata kasar,BN dah 54 tahun memerintah jauh tertinggal kebelakang
jika dibanding dengan negara-negara lain.Jika dibanding dengan negeri yang diperintah oleh PR 4 tahun pun jaun berbeza jika diukur dari segi duniawi,apatah lagi jika diukur dari segi ukhrowi...jauh panggang dari api....Rakyat didahulukan hanya satu selogan manis
tanpa dipraktikan dengan penuh ikhlas....
selamat tinggal bn
Siapa pun yg memerintah,yg penting dia amanah dlm melaksanakn tanggungjwbnya...siapa yg dipilih oleh rakyat,pikullah tggungjwb anda dgn amanah dan sejujurnya kerna anda pemimpin yg diberi kepercayaan oleh rakyat utk menerajui negara...
Org org dan penyokong parti parti politik malaysia jadilah insan yg profesinal dlm berpolitik dan carilah kebenaran krna kebenaran tiada dlm buta mata hati....
Catat Ulasan