22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Kaji
selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan
prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi
kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam.
Kedudukan
Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan
Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45
peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan
Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan
Raya Umum ke-13 nanti.
Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.
Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009.
Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno.
Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.
Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus
maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus
yang dicatatkan pada November 2009.Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.
Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009.
Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno.
Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.
Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di negeri itu.
Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.
Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.
BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara.
“Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen ‘Sabah-sentrik’ yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai harapan berbeza terhadap kepimpinan politik di pelbagai peringkat,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media disertakan dengan keputusan kaji selidik.
Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang betul berbanding 66 peratus pada November 2009.
Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi, dan “persepsi” bahawa Sabah masih “ketinggalan” dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur.
kelab grennboc/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan