22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Kenyataan Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan
pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir
ini seperti pencuri menjerit pencuri. Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat
mereka yang sering memainkan isu ini.
Buktinya kenyataan Ketua
Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India
dan Cina adalah kaum pendatang. Bekas Pegawai Khas Perdana
Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka
telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai
pendatang di bumi Malaysia.
Hishamudin jangan
pura-pura tidak tahu. Sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan,
isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat,
kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.
Bukankah pemimpin Umno dan
MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama. Pemimpin
Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa Pas sudah tidak pejuangkan
Islam sejak berkawan dengan Dap. Apabila berjumpa dengan orang bukan Islam,
mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti Pas akan berkuasa.
Begitulah dengan Mca apabila berjumpa dengan pengundi Cina Presidennya memberi
amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti Pas yang dominan.
Siapa yang beri keranda
kepada Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng
sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?.
Media Umno membuat fitnah
kononnya agama rasmi akan ditukar kepada Agama Kristian jika Pakatan Rakyat
menang. Tidak logik langsung laporan ini. Sedangkan ini perlu 2/3 untuk pinda Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222
kerusi Parlimen. Kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan
Sarawak hanya 69 kerusi. Lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju
bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19
Disember 2019 di Shah Alam
Datuk Zaini Hasan orang
kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan “1 Melayu 1 Bumi”.
Apakah maknanya Datuk Hishamuddin?. Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh
pemimpin Pakatan Rakyat?. Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata
atas kenyataan ini
Akhbar Utusan Malaysia yang
dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman. Walaupun
beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak
memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat
politik mereka tercapai.
Ustaz Idris Haji Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan