22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
PEKAN:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pemasangan 831 kamera
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara berperingkat dalam masa 18
bulan di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail
Ahmad pada Ahad.
Beliau berkata, setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 September lalu.
“Lokasi pemasangan AES ini dipilih berdasarkan kadar kemalangan atau
kesalahan jalan raya (di tempat berkenaan) setelah kajian terperinci
oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ,
Jabatan Kerja Raya dan polis,” katanya kepada pemberita selepas menutup
program ‘Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)’ di sini.
Ismail berkata, AES akan turut dipasang di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.
“Bagi negeri Pahang, AES akan dipasang di 52 kawasan perangkap laju dan tujuh di lampu isyarat,” katanya.
Program SKSJ memudahkan orang ramai khususnya di luar bandar memiliki lesenmotosikal dengan lebih mudah dan cepat. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan