KUALA LUMPUR: Berikutan
perkembangan damai di Selatan Filipina, PAS mengucapkan tahniah di atas
persetujuan damai awal di antara kumpulan pemisah Front Pembebasan
Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina yang dicapai baru-baru ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia merupakan langkah awal ke arah mewujudkan keamanan wilayah autonomi yang memberi manfaat kepada rakyat terbanyak di Mindanoa.
“PAS berharap, perdamaian ini benar-benar terlaksana dan diambil kesempatan untuk mengisi perdamaian dengan membangunkan kembali wilayah yang sekian lama bergolak tersebut,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan.
Katanya, kekayaan hasil bumi Mindanoa mestilah dikembalikan kepada rakyat untuk pembangunan sosio-ekonomi di wilayah tersebut.
“Dalam masa yang sama, kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persetujuan damai tersebut,” ujarnya lagi.
PAS juga, tambah beliau menyeru kepada kerajaan-kerajaan di rantau ini mengambil pedoman diatas kejayaan tersebut bagi mewujudkan perdamaian yang adil kepada rakyat di wilayah-wilayah yang bergolak seperti di Selatan Thailand, Myanmar dan lain-lain wilayah.

harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan