22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
BANGUN...suspek yang ditahan di tempat kejadian, semalam.
SEPANG: “Ketika sedang membeli buah naga, tiba-tiba jalan sesak,
mulanya saya ingatkan kemalangan jalan raya, tidak lama selepas itu
terdengar dua das tembakan sebelum melihat seorang lelaki ditahan polis
dengan kaki berlumuran darah dan mengaduh kesakitan di tepi jalan,” kata
saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Salleh.
Pada masa sama, dia melihat seorang lagi lelaki melarikan diri ke laluan bertentangan menaiki motosikal.
Selain itu, seorang lelaki India turut tercedera di lengan kiri,
rupa-rupanya dia ditetak ketika cuba disamun. Kejadian berlaku amat
pantas dan keadaan di situ kecoh seketika...nasib baik penyamun itu
dapat ditangkap.
“Beberapa orang awam lain melihat tiga lagi rakan penyamun melarikan diri menaiki dua motosikal,” katanya di sini, semalam.
“Beberapa orang awam lain melihat tiga lagi rakan penyamun melarikan diri menaiki dua motosikal,” katanya di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, suspek cedera di paha kiri selepas ditembak polis ketika cuba menyamun seorang lelaki dikenali K Panneer, 28, di Pekan Sungai Pelek, dekat sini.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan