1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
BUKTI...Rosli menunjukkan gambar lucah laman web terbabit.
IPOH: Kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini
disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen lucah lengkap
bergambar dari Indonesia dengan bayaran langganan RM17 seminggu.
Mendedahkan aktiviti tidak bermoral itu, seorang pelajar dikenali
sebagai Rosli, 15, berkata, dia dan ramai rakan kini seronok, malah ada
yang mula ketagih membaca cerpen lucah dari negara jiran itu.
Menurutnya, ada ratusan cerpen lucah boleh dilayari dan dibaca
dengan mudah menerusi skrin telefon bimbit yang setiap satu turut
memaparkan gambar pornografi wanita dari negara berkenaan.
“Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web menawarkan bahan bacaan lucah itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu.
“Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web menawarkan bahan bacaan lucah itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu.
“Walaupun kebanyakan laman web lucah tempatan sudah disekat, kami masih boleh menikmati cerita lucah dari Indonesia dengan menggunakan perkataan tertentu menggunakan bahasa Indonesia,” katanya.
kosmo/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan