1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR - Gelombang merah membanjiri jalan raya sekitar bandar raya
ini apabila lebih 500 peserta dari kalangan mahasiswa dan anak Kelantan
perantauan berkonvoi menaiki 300 motosikal dan kereta, dalam usaha
berkempen tuntutan Royalti Kelantan.
Setiausaha Konvoi R Tuntut Royalti: Jelajah Malaysia Utara, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, konvoi anjuran Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) atau lebih dikenali ‘R’ serta Sekretariat Mahasiswa Kelantan Utara R (SAKU-R), berkonvoi ke Kedah-Perlis untuk memperjelaskan isu berkaitan tuntutan royalti Kelantan.

“Kempen R memfokus kepada penerangan isu tuntutan yang kini berjumlah
lebih RM10.4 bilion, termasuk serahan 160,000 tandatangan dan memorandum
kepada Perdana Menteri pada 3 Oktober lalu di Putrajaya dan Parlimen,”
katanya.
Menurutnya, Perdana Menteri perlu patuh kepada amanat arwah ayahandanya, iaitu Tun Razak yang menyatakan dengan jelas bahawa mana-mana minyak dan gas yang dijumpai dalam perairan atau luar perairan adalah hak negeri, selaras dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974.
“Kita turut edarkan Buletin Royalti R sebanyak 5,000 keping dan pelekat R bagi tujuan kempen kesedaran itu,” katanya.
Pelepasan konvoi disempurnakan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Dataran Darulaman, Jitra, dan turut singgah di kediaman rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon.
Pada majlis itu, wakil konvoi menyerahkan Plak Royalti ditandatangani oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pada 5 Jun lalu yang menggesa gas Kelantan didaratkan ke Bachok.
“Kami memilih Kedah dan Perlis kerana gas Kelantan yang dikeluarkan di Blok JDA Malaysia-Thailand dari Pelantar Cakerawala didaratkan di Songkhla, Thailand disalurkan dari sana melalui Bukit Kayu Hitam hingga ke Gurun,” katanya.
Menurutnya, pihaknya mempertikai keperluan mendaratkan gas Kelantan ke Songkhla yang jaraknya 270km, berbanding ke Bachok sejauh 140km.
“Kami turut anjurkan ceramah Royalti Amanah Rakyat di Kelantan, melibatkan Tengku Razaleigh Hamzah selaku penceramah utama. Turut dilancarkan kempen ‘Laungan Royalti’ di Stadium Shah Alam, baru-baru ini,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan