1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
|
ALEPPO - Pertempuran yang berlaku antara tentera Syria dengan para
penentang Presiden Bashar Al-Assad telah memusnahkan Masjid Ummayad yang
didirikan pada abad ke-13, kata seorang koresponden agensi berita AFP
kelmarin.
Kebakaran akibat pertempuran memusnahkan permaidani antik dan perabot
kayu yang digunakan untuk menghiasi masjid berkenaan pada Sabtu lalu.
Tiga helai rambut dan sebatang gigi Nabi Muhammad SAW yang terdapat di dalam masjid tersebut telah dicuri.
Bashar dilaporkan mengarahkan pembentukan sebuah panel untuk memantau
kerja-kerja pemuliharaan masjid tersebut, lapor agensi berita SANA.
Menurut seorang wartawan AFP, pihak tentera menguasai sepenuhnya kawalan di masjid tersebut.
Bagaimanapun, katanya, para penentang berada di sekitar masjid berkenaan.
Para penentang turut menembak mati seorang jurutera, Mohammed Marwan
Jarada yang mengiringi satu jawatankuasa pakar ke masjid tersebut untuk
menyaksikan kerosakan kelmarin.
Kehadiran para penentang di sekitar Masjid Ummayad menyebabkan sukar untuk memindahkan jurutera tersebut yang cedera di kaki.
Sementara itu, jet-jet tentera Syria melakukan serangan udara di bandar Idlib dan Aleppo, utara negara tersebut.
Bagaimanapun, para aktivis yang menyokong para penentang berkata, serangan tersebut adalah yang paling buruk sejak minggu lalu.
Dalam perkembangan yang sama, Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, Lakhdar Brahimi mendesak supaya gencatan senjata diadakan bagi
menghormati ketibaan Hari Raya Aidiladha.
Brahimi turut meminta supaya pihak berkuasa Iran membantu memastikan gencatan tersebut berjaya dilakukan.
Lebih 30,000 orang terbunuh ekoran pertempuran yang berlaku antara kumpulan penentang dengan tentera Syria sejak Mac tahun lalu.
Para penentang itu mahu menggulingkan Bashar yang didakwa gagal melakukan pembaharuan politik dan kebebasan bersuara. - Agensi
1 ulasan:
Admin ni syiah ke?
Catat Ulasan