23 November 2012

Kabel elektrik undang bahaya

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Kabel elektrik undang bahaya

Kabel yang rendah dan merentangi jalan boleh mengundang bahaya kepada kenderaan berat seperti lori.
SEBERANG PERAK - Keadaan kabel elektrik yang terlalu rendah di jalan Kampung Sungai Timah, di sini, benar-benar menggusarkan pengguna terutama penduduk di kawasan itu.

Penduduk, Azhar Ibrahim, 44, berkata, kedudukan kabel merentasi jalan itu mampu mengundang bahaya kepada pengguna laluan berkenaan.

Menurutnya, laluan itu adalah antara jalan utama penduduk untuk ke sawah atau ke kedai berhampiran.

"Sekiranya ia tidak dibaiki segera, kita khuatir nyawa penduduk mahu pun pengguna lalu ini melayang,” katanya.

Azhar berkata, sebelum ini, lori yang melalui jalan itu terpaksa mengangkat dahulu kabel berkenaan menggunakan kayu supaya tidak tersangkut.

"Keadaan ini mungkin boleh membahayakan mereka. Kita khuatir berlaku sesuatu yang tidak diingini terutama apabila menjelang musim menuai padi, jalan ini akan digunakan oleh lori untuk mengangkut padi,” katanya.

Dalam pada itu, dia menggesa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan segera untuk memastikan kabel berkenaan ditinggikan mengikut kesesuaian yang ditetapkan.

“Mungkin bagi penduduk kampung ini sudah biasa dengan situasi berkenaan dan boleh berjaga-jaga tetapi pengguna lain yang tidak tahu keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

“Situasi akan bertambah buruk terutama waktu malam kerana jalan yang gelap dan jika kenderaan tinggi melaluinya boleh tersangkut,” katanya.

Katanya, kabel itu harus segera dibaiki supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini.

“Kita tidak mahu berlaku sebarang kejadian buruk barulah ada pihak yang akan mengambil tindakan,” katanya.

SINAR/-

Tiada ulasan: