9 Muharram 1433H. [MOD] -
LAKON SEMULA...begini keadaan keluarga Mohd Yusri dijadikan tawanan.
SUNGKAI: Seorang anggota polis dan keluarganya menempuh detik cemas
apabila sekumpulan empat perompak bersenjatakan pedang yang memecah
masuk rumah mentuanya, merampas dan mengugut mahu mencampakkan bayinya
ke dalam sungai, awal pagi kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi, ketika Lans Koperal Mohd
Yusri Che Deraman, 27, dan tujuh penghuni lain nyenyak tidur di rumah
mentuanya di Kampung Kelah Baru, di sini.
Mohd Yusri dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala
Lumpur berkata, dia dikejutkan daripada tidur oleh keempat-empat
penjenayah yang menghalakan pedang ke mukanya.
“Mereka kemudian mengikat tangan dan kaki saya dengan tali, selain menyumbat mulut dengan kain,” katanya.
“Mereka kemudian mengikat tangan dan kaki saya dengan tali, selain menyumbat mulut dengan kain,” katanya.
Menurutnya, isterinya, Faizatul Qhairiah Yahya, 27, bersama anak perempuan, Nur Fatini Damia, 4, bapa serta ibu mentua, Yahya Abdullah, 60, dan Lon Abd Aziz, 55, serta dua adik iparnya, Muhd Zariat Yahya, 21, dan Lailatul Najwa, 10, turut diperlakukan sedemikian.
METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan