9 Muharram 1433H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ لِلهِ
الْقَائِلِ،
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ
وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا
مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ
وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Wahai orang-orang yang beriman!
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarnya
adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat
yang keras kasar, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan.
(SURAH AT-TAHRIM, ayat 6)
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ
اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ
مُسْلِمُوْنَ
Wahai
Hamba-hamba Allah sekelian,
Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada
Allah melaksanakan segala suruhan dan titah perintahNya dan meninggalkan segala
larangan-Nya tanpa sebarang dolak dalih. Mudah mudahan kita tergolong dalam
golongan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat
Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Cuti akhir tahun persekolahan kini muncul sekali lagi. Antara
tujuannya adalah untuk memberi sedikit kerehatan kepada para pelajar dan para
guru yang sudah sekian lama berhempas pulas menuntut dan menyebarkan ilmu
pengetahuan. Oleh kerana cuti ini merupakan satu tempoh yang agak panjang, jika
tidak diuruskan dengan baik, akan membazirkan masa kita begitu sahaja. Maka ia
perlu dirancang dan diurus dengan baik supaya dapat memberi manfaat kepada
anak-anak, ibu bapa dan masyarakat.
Muslimin
mukminin yang berbahagia,
Sebagai ibu bapa yang beriman dan bertaqwa, kita hendaklah
bijak menguruskan cuti persekolahan anak- anak mereka. Orang yang beriman tidak
akan membiarkan diri mereka dan keluarga mereka berada dalam keadaan lagho atau pun sia-sia. Allah SWT berfirman dalam
surah Al-Furqaan ayat 72:
وَٱلَّذِينَ
لَا يَشْهَدُونَ ٱلزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا۟ بِٱللَّغْوِ مَرُّوا۟ كِرَامًۭا ﴿٧٢﴾
"Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan
apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan
yang tidak berfaedah, mereka meninggalkan mereka dengan menjaga kehormatan
dirinya".
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Asy-Syahid Hasan Al-Banna mengungkapkan kata-kata hikmah yang
mengingatkan kita mengenai tanggungjawab kita yang begitu banyak. Dalam keadaan
beliau yang sentiasa menggunakan seluruh kehidupannya untuk berdakwah beliau
masih mengatakan :
اَلْوَاجِباَتُ
أَكْثَرُ مِنَ اْلأَوْقاَتِ
Kewajipan
adalah lebih banyak dari masa yang ada
Maka apakah kita mempunyai masa yang terlalu banyak sehingga
mampu kita bazirkan dengan bersantai dan berhibur semata-mata. Kita juga
sebenarnya mempunyai berbagai tanggungjawab dan amanah yang melebihi masa yang
kita ada. Terlalu banyak ilmu yang wajib kita kuasai masih belum mampu kita
kuasai. Terlalu banyak kemahiran yang sepatutnya kita miliki kini hanya menjadi
milik musuh-musuh kita. Terlalu banyak masa yang kita bazirkan dengan tidak
berbuat apa-apa sedangkan sumbangan kita masih terlalu banyak diperlukan oleh
agama, bangsa dan negara. Perintah Allah untuk kita tidak membazirkan masa amat
jelas. Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah ayat 7-8 :
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
﴿٧﴾ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَبْ
﴿٨﴾
Kemudian apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu tugas),
maka bergegaslah mencari tugas yang lain. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah
engkau berharap dengan rasa rakus.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang begitu popular, Rasulullah
SAW mengingatkan bahawa setiap saat daripada kehidupan kita akan dipersoalkan
mengenai penggunaannya. Maka apakah yang akan kita jawab di hadapan Allah
terhadap masa yang telah kita habiskan dengan bercanda dan bersukaria tanpa
sebarang hubungan dengan peranan utama kita sebagai Khalifah Allah di buka bumi
ini. Sabda baginda :
لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى
يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ
مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلاَهُ
Tidak akan berganjak seseorang hamba pada hari kiamat
sehingga ia ditanya tentang umurnya di mana ia habiskannya, tentang ilmunya
pada apa yang ia lakukannya, tentang hartanya daripada mana ia perolehi dan di
mana ia membelanjakannya dan tentang tubuhnya kepada apa ia gunakan. (Hadith Riwayat At-Tirmizi)
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama melaksanakan
tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim yang bertaqwa. Antaranya adalah :
1.
Menyedarkan anak-anak dan
ahli keluarga kita bahawa kita mempunyai peranan yang besar dalam mengisi percutian
mengikut kehendak Allah.
2.
Mengambil kesempatan bagi
menambahkan dan menguasai berbagai ilmu pengetahuan samada ilmu berasaskan
Al-Quran dan Hadis ataupun keduniaan yang amat kita perlukan bagi menjalani
kehidupan yang semakin mencabar.
3.
Melatih anak-anak dengan
apa sahaja kemahiran yang ada pada kita atau menghantar mereka mengikuti kursus
atau latihan jangka pendek agar mereka tidak merasa rendah diri dalam
persaingan dengan teman-teman.
4.
Membawa anak-anak
menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai agar mereka saling mengenali dan
mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
5.
Membawa mereka bercuti dan
melawati ke tempat yang belum pernah mereka lawati bagi meluaskan pandangan dan
menajamkan pemikiran serta melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Firman Allah
dalam surah al-‘Ankabut ayat 20 :
قُلْ
سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ بَدَأَ ٱلْخَلْقَ ۚ ثُمَّ ٱللَّهُ
يُنشِئُ ٱلنَّشْأَةَ الآخِرَةَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ
﴿٢٠﴾
"Katakanlah: "Berjalanlah
di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan segala kejadian dari
permulaannya. Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu".
Anak-anak adalah amanah Allah. Maka menjadi kewajipan ibu
bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa taat kepada Allah. Apapun yang kita
laksanakan dalam kehidupan kita, pastikanlah bahawa ianya mampu mendekatkan
diri kita kepada Allah dan Rasulnya. Jadikanlah apa sahaja yang kita lakukan
menjadi tasbih dan penghubung antara kita dengan Allah. Firman Allah SWT :
فَسُبْحَـٰنَ
ٱللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ ﴿١٧﴾ وَلَهُ ٱلْحَمْدُ فِى
ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَعَشِيًّۭا وَحِينَ تُظْهِرُونَ ﴿١٨﴾
"Maka bertasbihlah kepada
Allah pada waktu malam dan pada waktu Subuh. BagiNyalah segala pujian di langit
dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepada-Nya serta pujilah Dia) pada waktu
petang dan pada waktu Zohor"(Ar-Rum:17-18)
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ،
وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي
خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا
بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ
إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ،
أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati
Allah,
Apakah kita mahu
terus berada dalam kerugian akibat pembaziran masa yang kita lakukan selama
ini. Rakyat Palestin sekali lagi mengundang simpati dunia akibat diganyang
semahunya oleh Pengganas Israel tanpa sebarang pembelaan yang mampu kita
lakukan. Akibat masa yang banyak dihabiskan untuk berbalah dan menindas sesama
sendiri, negara Islam gagal meningkatkan kekuatan persenjataan untuk menakutkan
mereka. Akibat membiarkan masa anak muda menghabiskan masa dengan hiburan yang
tak mendatangkan faedah apa-apa, semangat jihad di kalangan generasi muda sudah
semakin pudar. Akibat kebebasan berfikir, kebebasan bersuara dan kebebasan
berkarya, aqidah dan pemikiran Umat Islam hari ini sudah bercampur aduk
sehingga sebahagian kita Islamnya hanya ada pada nama. Maka kita sudah begitu
kesuntukan masa untuk mengembalikan maruah, jati diri dan kegemilangan Umat
Islam jika kita berterusan seperti ini. Ketika Umat Islam disembelih oleh musuh
Allah seperti di Palestin, Rohingya dan Syria, apakah wajar dan tergamak untuk
kita terus bersukaria. Setakat manakah jihad dan kesungguhan kita selama ini
dalam usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara yang melayakkan kita bercuti
sakan tanpa rasa bertanggungjawab terhadap masa yang kita bazirkan.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِناَ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِناَ، وَاجْعَلْ فِى
قُلُوْبِناَ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْناَ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ
صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم
.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ
انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ
وَالظَّالِمِيْنَ، وَأَهْلِكْ
أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ
عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ
رُسُلَكَ،
وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ
كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ
يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ
الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ
اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ
حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ،
وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ
عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ
اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan