9 Muharram 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menghangatkan isu doa 'KO Umno-BN'
menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan.
"Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti.
"Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula
(yang lain)," kata beliau sambil menambah, "semua kita faham doa
tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia."
Katanya, "doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi Pas.'
Isu doa yang dibaca oleh oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada Himpunan Kebangktan Rakyat pada
Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.
Ini kerana katanya, doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan.
Bahkan, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.
“Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah.
"Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik
untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk
menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam,” kata beliau.
Dipetik Harakahdaily, Tuan Ibrahim juga mengingatkan bahawa
Umno bukanlah parti Islam dan terdapat pelbagai tindakan parti teras
Barisan Nasional itu terang-terang bertentangan dengan peraturan dan
ajaran Islam.
“Perdana Menteri dari Umno juga secara terang-terang menolak hukum
hudud, memberi lesen kepada perkara yang diharamkan ALLAH, membenarkan
amalan riba dalam institusi perbankan serta menambah lesen perjudian
yang jelas diharamkan oleh syarak dan pelbagai tindakan zalim lainnya.
"Zalim bukan sahaja membunuh dalam tragedi Memali yang sehingga kini
belum diadili. Tetapi sebesar-besar zalim bilamana menolak hukum dan
peraturan ALLAH,” tegas beliau.
Jelas beliau, isu doa diperbesarkan oleh Umno kerana Muktamar Pas
berjaya memberi impak politik besar apabila ucapan dasar presiden
diterima oleh orang ramai dan deklarasi harta oleh Ketua Pemuda Pas
berjaya menaikkan imej parti di mata rakyat.
“Isu yang hangat dimainkan media adalah sesuatu yang bukan dasar parti.
Ucapan perwakilan, doa oleh seorang imam, dan pertikaian jawatan PM
kesemuanya bukanlah dasar parti,” terang beliau.
Adalah pelik, kata Tuan Ibrahim, seandainya sesebuah parti meminta
parti lawan menjadi kuat dan gagah, sedangkan Pas telah dizalimi
sebegitu lama terutamanya di Kelantan.
“Orang yang bermain bola pun mendoakan pasukan lawannya lemah, dan
kalah inikan pula parti politik yang sentiasa berlawan sejak lebih 50
tahun,” sindirnya.
Tuan Ibrahim juga berkata, Pas menyeru seluruh ahli melakukan solat
hajat, munajat dan mendoakan kemenangan parti dan Umno berjaya
dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di samping doakan untuk
saudara Islam di Palestin, Gaza, Myanmar.
HARAKAH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan