KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mendesak
Ketua Penerangan Umno Bahagian Kinabatangan, Aksyah Nasrah meletak
jawatan dalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) secara terhormat bagi
menjamin ketelusan pengendalian pilihan raya akan datang.
Ketuanya Lahirul Latigu berkata, biarpun Aksyah membuat pengakuan telah meletakkan jawatan dalam Pemuda Umno sebelum dilantik Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Negeri Sabah , namun beberapa persoalan berkaitan 'kecenderungan' beliau masih boleh dipersoalkan.
"Sungguhpun beliau (Aksyah) sudah menjawab kenyataan dengan memberikan gambaran sudah lama meletak jawatan dalam pemuda Umno sebelum terlibat sebagai pegawai di SPR Sabah, namun itu bukanlah satu jaminan kukuh bahawa beliau tidak terlibat sepenuhnya.
"Persoalannya, adakah benar beliau sudah meletak jawatan dalam Umno, dan dengan memegang jawatan penting dalam pemuda Umno, adakah beliau benar-benar ‘bersih’ dan tidak 'bias' terhadap parti yang diwakilinya?" soal Lahirul dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Lahirul lagi, hasil siasatan pihaknya mendapati Aksyah mempunyai peranan penting dalam memenangkan Umno dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu serta beberapa Pilihanraya Kecil (PRK) sama ada secara langsung mahupun tidak atau di belakang tabir.
Oleh kerana itu jelasnya, pihaknya khuatir sekiranya Aksyah masih memegang jawatan SPR, pelbagai kemungkinan yang tidak mustahil bakal berlaku.
"Justeru, kita mendesak supaya Aksyah meletak jawatan daripada memegang sebarang jawatan yang berkaitan SPR secara terhormat.
“Saya kenal siapa Aksyah," tegasnya.

harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan