20 Disember 2012

Anwar mahu Rais mohon maaf kebiadaban Zainudin pada Habibie

6 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 19 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pimpinan Umno khususnya, Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim memohon maaf di atas perlakuan biadap Tan Sri Zainudin Maidin ke atas BJ Habibie.

Katanya, serangan dangkal dan biadab bekas Menteri Penerangan ke atas mantan Presiden Indonesia itu kini merebak pula kepada Almarhum Gus Dur dan tokoh perjuangan reformasi republik itu, Amien Rais.
Beliau berkata, Rais sewajarnya tidak lagi berdolak-dalik 

memandangkan rancangan penghinaan terhadap tokoh pimpinan Indonesia ini disiarkan di dalam Utusan Malaysia, media yang diketahui dimiliki Umno.

“Apakah tidak wajar untuk pimpinan Umno mendesak Zainudin dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf secara terbuka?

“Ternyata, Zainudin mewakili sosok pimpinan Umno yang angkuh dan anti-demokrasi,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau percaya dan yakin kebiadaban sebegini tidak sekali-kali mewakili sentimen rakyat malah dibantah keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang amat menghormati tokoh-tokoh Indonesia tersebut.

keadilandaily/-

Tiada ulasan: