6 Safar 1433H. [MOD] -
TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam.
KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan
sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar
Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat
kerana terlalu berat.
Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha
mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz
dipanggil untuk membantu.
Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu
lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat
di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa
mayat ke hospital bertambah sukar.
Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan