6 Safar 1433H. [MOD] -
MIRI – Masalah jalan dan jambatan di Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam
MIRI – Masalah jalan dan jambatan di Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam
Miri yang terletak lebih kurang 30 minit dari bandaraya Miri masih
belum dapat diatasi sepenuhnya.
Perkampungan yang agak terpencil dan penduduknya berbilang kaum
terdiri dari Melayu,Iban dan juga Cina yang kebanyakan mereka bekerja
sebagai nelayan dan juga pekebun/petani.
Sebelum ini penduduk Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam Miri juga pernah
memohan bantuan segera dari pihak kerajaan agar dapat memperbaiki
jambatan kayu yang rosak dan juga jalanraya yang berlumpur itu tetapi
sehingga kini tiada sebarang kerja baikpulih dijalankan oleh pihak
yang berkenaan.
Masalah jambatan kayu usang dan sudah beberapa kali runtuh menyebabkan
mereka terpaksa membaiki sendiri kerana terlalu lama menunggu bantuan
dari pihak berkenaan. Mereka menyuarakan masalah ini kepada pihak kami
kerana mereka tidak mampu terus menanggung pembelanjaan sendiri hanya
untuk memperbaiki jambatan kayu usang itu. Mereka meminta pihak kami
menyampai masalah ini kepada pihak yang berkenaan untuk segera
mengatasi masalah ini dari berterusan.
Kalau masalah jambatan kayu rosak ini dibiarkan berterusan dan tidak
dibaiki sepenuhnya, ianya boleh merbahayakan keselamatan dan mengancam
nyawa penduduk yang menggunakan jambatan itu untuk keluar dan masuk ke
tempat kediaman mereka.
Perkara ini telah diluahkan oleh penduduk kampung kepada pihak kami,
katanya ada sebuah kenderaan yang terjatuh dan masuk kedalam anak
sungai akibat jambatan tersebut runtuh. Mereka terpaksa menarik kereta
tersebut keluar secara beramai-ramai, nasib baik tidak ada berlaku
sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa semasa kejadian tersebut.
Walaupun kita sudah mengadu masalah ini melalui talikhidmat tetapi
jawaban yang diberi oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) akan
menjalankan siasatan terperinci dan juga menyediakan anggaran dan
tawaran untuk dana dari ibu pejabat JKR, Kuching. Satu salinan surat
juga akan dikemukakan kepada Pegawai Daerah Miri untuk maklumat dan
tindakan yang sewajarnya menurut kata pihak JKR.
Kita harap pihak yang berkenaan dapat turun padang dan melihat sendiri
keadaan jalanraya dan jambatan kayu di kampung tersebut dan dapat
mengatasi masalah ini dengan segera demi keselamatan dan keselesaan
penduduk di situ.
Sekali lagi kita mengesa pihak kerajaan dan pihak yang berkenaan,
jangan memilih bulu dalam urusan kebajikan serta keselamatan rakyat.
Hasil peruntukan untuk membina jalan, jambatan dan sebagainya adalah
daripada hasil pungutan duit cukai rakyat, bukannya sumber dari parti
tertentu, maka kita sangat berharap masalah ini dapat diatasi dengan
segera tanpa mengambil kira bangsa, agama dan fahaman politik.
Tindakan segera dan kerjasama dengan pihak berkenaan yang
bertanggungjawab dalam urusan kebajikan rakyat sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan