20 Disember 2012

Keajaiban Dunia Ke 10 Di Malaysia: Harga Lorong 0.9km RM14.9 Juta

6 Safar 1433H. [MOD] -

Jingga 13 Sabah telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah agar siasatan secara menyeluruh dibuat terhadap jalan satu lorong berjarak 0.9 km berharga RM14.9 juta yang dianggarkan jalan paling mahal di Malaysia dan mungkin di dunia.

Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km. Malah jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah yang hanya berjarak 0.9 km.

Difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah mengumumkan bahawa kos jalan tersebut adalah RM14.9 juta. Harga yang cukup luar biasa sedangkan menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi.

Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya. Sedangkan Jingga 13 Sabah mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik. Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu.

Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Gombak telah mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini berkaitan isu jalan tersebut, namun malangnya tidak ada sebarang penjelasan diberikan seolah-olah ada sesuatu telah disembunyikan.

Jingga 13 meminta agar SPRM melakukan siasatan dan pendakwaan berkaitan skandal jalan termahal tersebut terhadap:

1. Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Musa Aman,
2. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan
3. Pengarah JKR Negeri Sabah
4. Syarikat yang diberikan kontrak oleh JKR

Jingga 13 juga mendesak agar siasatan dibuat terhadap perolehan tender projek jalan tersebut yang mungkin wujud unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dana awam yang melibatkan kos luar biasa pembinaan jalan tersebut berharga RM14.9 juta.

Ketelusan, keadilan dan integriti SPRM sangat penting dalam menyiasat skandal pembinaan jalan termahal di Malaysia dan di dunia tersebut bagi mengheret penjenayah ke muka pengadilan.

Erveana Ansari Ali
Koordinator Jingga 13 Sabah

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat perlu tahu kenapa jalan raya ini memakan kos yang tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Jingga 13 sudah membuat laporan SPRM terhadap beberapa pihak yang terlibat, kita tengoklah apa keputusan SPRM tentang hal ini.

Tanpa Nama berkata...

Sama ada kes ini akan disiasat ataupun tidak terletak dalam tangan SPRM.

Tanpa Nama berkata...

Kita akan melihat sendiri sama ada unsur rasuah terlibat ataupun tidak dalam kes ini.

jun berkata...

tunggu dan lihat apa perkembangan perkembangan pekara ini nanti.

ali berkata...

biarlah pihak yang berkuasa menentukan pekara ini.

ali berkata...

apa pun, spekulasi yang tidak berasas haruslah dielakkan oleh semua pihak.

Tanpa Nama berkata...

Diharapkan penjelasan akan diberikan tentang isu lorong 0.9 Kilometer ini.

Tanpa Nama berkata...

Ataupun sebenarnya ada kesilapan dalam pendedahan kos jalan raya ini oleh pihak JKR?

Tanpa Nama berkata...

Apapapun, diharapkan pihak berkuasa akan tampil membuat kenyataan tentang isu ini.

Tanpa Nama berkata...

Semoga tiada unsur rasuah berhubung isu harga lorong RM149 juta ini.

Tanpa Nama berkata...

Baik kita tunggu sahaja sehingga penyiasatan boleh dijalankan sebelum membuat spekulasi lanjut.

Tanpa Nama berkata...

Biarlah SPRM yang menentukan sama ada hendak membuka siasatan terhadap perolehan tender projek jalan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Samada wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dana awam ataupun tidak, kenalah siasat dulu baru tahu.

Tanpa Nama berkata...

Kita tak boleh juga tuduh sebarangan sebelum terdapatnya bukti-bukti yang kukuh.

Tanpa Nama berkata...

Baik kita jangan membuat spekulasi lagi sehingga pihak berkuasa membuat siasatan tentang dakwaan ini.

Tanpa Nama berkata...

Keadilan dan integriti SPRM sememangnya sangat sangat penting dalam menyiasat skandal pembinaan jalan termahal di Malaysia ini.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya penjelasan diberikan di Dewan Rakyat untuk membersihkan isu ini.

Tanpa Nama berkata...

Diharapkan semua pihak yang terlibat akan memberi sedikit penjelasan kepada mereka yang masih tertanya-tanya pasal kes ini.

Tanpa Nama berkata...

Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah juga patut mendedah kos sebenar jalan raya ini.

Tanpa Nama berkata...

Tak mungkin boleh mencecah RM149 juta kan, mungkin ada mana-mana tempat yang tersilap?

Tanpa Nama berkata...

Kita sama-sama tunggulah sehingga kebenaran tentang isu lorong 0.9 km ini akan diedah.

Tanpa Nama berkata...


Pairin, who is also State Minister of Infrastructure Development, said currently the resurfacing work on the 35km road from Kalabakan, and from Sepulut also 35km long, was going smoothly and expected to be completed this year.

Tanpa Nama berkata...

RM14.9 juta itu cukup mahal bagi saya. Sebagai rakyat saya pun mahu tahu kenapa kos ini tinggi.

Faizal berkata...

Harap tidak ada unsur rasuah dalam hal ini. Kecewa nanti rakyat yang setia sokong kerajaan selama ni.

mimi berkata...

Mahal juga tu, macam agak mustahil pula mencecah amaun tu. Cuna tolong perbetulkan dulu isu ni, mana tau ada yang salah faham.

mimi berkata...

Sekarang ini semua hal perlu disiasat dulu, jangan terus lompat buat kesimpulan.

Tanpa Nama berkata...

Belum ada bukti sah tentang tuduhan ni, jadi janganlah kita percaya.

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu sajalah hasil siasatan yang bakal dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.