19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Hanya
sesekali dalam suatu jangka masa yang lama, seorang pemimpin politik
dan dakwah muncul untuk memberikan warna kepada kegiatan politik dan
dakwah di negaranya.
Ini kerana tidak semua pemimpin berkeupayaan seperti itu, lebih-lebih
lagi ia mesti mempunyai ilmu politik dan dakwah, mampu memikirkan
sesuatu melampauai zamannya, berfikiran terbuka, luas pendedahannya
kepada masyarakat dan mempunyai aura.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat mempunyai semua
kualiti ini menyebabkan ia dilihat sebagai tokoh hebat dalam dakwah dan
politik seperti Almarhum Muhd Natsir di Indonesia.
Dengan kewibawaan dan jiwa besarnya sebagai tokok pemimpin gerakan
Islam, Tuan Guru telah melakukan langkah besar dan penuh makna baru-baru
ini apabila selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Tuan
Guru bertemu pula dengan Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis di
sebuah hotel di Pulau Pinang hotelnya.
Di majlis itu, Francis Sebastian telah menghadiahkan sebuah kek
sempena hari lahir Tuan Guru Nik Aziz yang ke 82. Pertemuan ini tidak
termasuk dalam jadual lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang tetapi
acara spontan dan ini memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara
agama di negara ini.
Pertemuan itu berlaku ketika isu nama Allah dicetuskan oleh pihak
tidak bertanggungjawab hingga menimbulkan ketegangan. Pertemuan dua
tokoh agama yang berbeza ini telah meredakan ketegangan yang cuba
dihangatkan oleh pihak tertentu yang berkepentingan.
Dalam pertemua itu, Bishop Francis berkata, negara memerlukan contoh semangat seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Semenetara itu Tuan Guru gembira dengan kunjungannya ke Pulau Pinang
dalam misi untuk bertemu pemimpin Kristian dan mewujudkan keharmonian
agama di negeri itu.
"Alhamudlillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara
agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang dan saya amat
gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Biskop
Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu," katanya dalam satu tulisan di Facebooknya.
Pertemuannya dilihat oleh pemerhati sebagai usaha untuk memperbaiki hubungan antara penganut Islam dan Krisitan di negeri itu, yang menjadi tumpuan ekoran kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.
Sebelum itu Tuan Guru telah mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
Usaha ini bagi membina hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat dan akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.
Pertemuan penting Mursyidul Am PAS dengan Bishop dianggap oleh AJK
PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa sebagai membuktikan dua agama boleh
duduk berbincang dan berdialog.
"Itulah kerja Rasullulah s.a.w untuk berdakwah bukan bersikap keras
sehingga orang bukan Islam pandang serong terhadap keindahan yang ada
dalam Islam. Saya juga berharap selepas ini ada pertemuan yang lebih
erat di mana jua termasuk dalam gereja sekalipun," katanya yang juga
Ahli Parlimen Parit Buntar.
Langkah besar pertemuan penting seperti ini hanya boleh dilakukan
oleh pemimpin berjiwa besar, berilmu, terbuka dan mampu menguasai
keadaan dan ini telah dilakukan oleh Tuan Guru yang dilihat sebagai
cerminan dari sikap terbuka dan toleransi PAS, tetapi dalam masa yang
sama ia tidak pernah berkompromi dengan dasar Islamnya.
Beliaulah orangnya yang menjadikan negeri Kelantan sebagai simbol
perpaduan kaum, toleransi beragama dan sagat terbuka. Ketika sambutan
hari-hari perayaan, malah di majlis perkahwinan anak cucunya, tokoh
pelbagai agama antara tetamu undangannya. Beliau menjadi tokoh yang amat
dikasihi oleh pelbagai kaum dan agama bukan saja di Kelantan bahkan di
luar Kelantan juga.
Saya pernah menyaksikan beberapa kali di mana orang ramai pelbagai
kaum – termasuk wanita Cina - berebut hendak bergambar dengan Tuan Guru.
Inilah kemuliaan dan izzah yang dimiliki oleh beliau. Lebih-lebih lagi
kehidupannya yang amat sederhana menjadikan beliau role-model pemimpin
Islam masa kini.
Sebagai pemimpin dan ulama, Tuan Guru berusaha menterjemahkan
kesyumulan dan sifat wasatiah Islam, hingga beliau dilihat sebagai tokoh
dan elemen penyumbang kepada kesyumulan Islam dan benar-benar berusaha
hendak menampilkan watak pemimpin Muslim yang sederhana untuk mememenuhi
ciri-ciri pemimpin Islam sejati.
Bayangkan bagaimana dalam suasana yang sangat tegang berhubung isu
Kalimah Allah dan isu lain, Tuan Guru mengorak langkah yang tentunya
tidak diduga oleh banyak pihak, iaitu bertemu dengan Ketua Bishop utara
di Pulau Pinang dan tentunya usahanya ini seperti ‘mencurah air di
tengah api yang menyala’. Usaha murninya ini telah disambut pelbagai
pihak, malah ada yang, khabarnya, menitiskan air mata terharu – rupanya
masih ada seorang tokoh yang berjiwa besar dan berhati mulia.
Sebelum ini, ada beberapa tokoh pemimpin PAS seperti Dr. Dzulkifly
Ahmad, Dr. Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan beberapa orang lagi
mengadakan dialog dengan pemimpin Kristian di Pulau Pinang, Selangor dan
Wilayah Persekutuan untuk bertukar-tukar pandangan dan menerangkan
dasar Islam. Usaha ini berjaya membina hubungan baik antara kedua pihak,
bukan kerana kepentingan politik tetapi memang sifat Islam sebagai
‘rahmat seluruh alam’.
Tidak syak lagi, usaha Tuan Guru Nik Abd Aziz dan pimpinan PAS yang
lain itu tentunya mendorong pelbagai pihak yang rasional melihat PAS
sebagai parti Islam yang sangat terbuka dan toleransi, dalam masa yang
sama ia tetap berada di dalam orbit Islam.
Pada pendapat saya, PAS memerlukan kepimpinan yang mempunyai kemampuan seperti ini untuk melakar kejayaan PAS di masa depan.
HARAKAH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan