19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ
رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ
عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ !
اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah!
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat
sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Firman Allah
dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri
Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah
dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kejayaan umat Islam dalam mencapai kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat banyak bergantung kepada kesungguhan mereka dalam mencontohi
sistem yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan. Ketinggian
akhlak nabi Muhammad SAW hanya akan dapat dicontohi oleh mereka yang beriman
kepada Allah dan Hari Akhirat serta dan banyak mengingati Allah. Bagi golongan
yang tidak beriman maka ketinggian akhlak yang ditunjukkan oleh Junjungan Besar
kita Nabi Muhammad SAW hanyalah sekadar catitan sejarah yang dibaca dan
dikagumi semata-mata.
Sidang Jumaat Sekelian,
Syurga Allah bukanlah sesuatu yang terlalu murah untuk diperolehi
tanpa ada sebarang usaha untuk memperolehinya. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja
mengamalkan akhlak yang terpuji dalam seluruh kehidupannya malah terpaksa
berjuang dengan air mata dan darah untuk mendapatkan syurga. Seorang wali
Allah, Syeikh Ibrahim bin Adham ketika berhenti di persinggahan untuk ke
tandas, lalu dikenakan bayaran kepadanya, lantas Ibrahim menangis teresak-esak
kerana memikirkan tempat yang sejijik itupun dikenakan bayaran, inikan pula
syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي
يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Musuh Islam sentiasa mencari jalan bagaimana cara untuk
menjauhkan umat Islam sendiri daripada menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai
contoh teladan terbaik dalam setiap aspek kehidupan disamping memomokkan kepada
dunia dengan tuduhan liar tentang nabi Muhammad s.a.w yang digambarkan dengan
pelbagai kejahatan. Sebagai contohnya tindakan Majalah mingguan Perancis,
Charlie Hebdo yang membuka lembaran tahun baru 2013 dengan menerbitkan komik
biografi Nabi Muhammad SAW dengan melukis gambar baginda yang mulia. Jika
sebelum ini majalah ini melukis gambar yang menghina nabi Muhammad s.a.w dan
kali ini dengan tujuan memuji nabi namun ia merupakan suatu perbuatan yang
haram dan tidak boleh dibiarkan sama sekali. Sebenarnya musuh Islam tidak mampu
menutup sanjungan kepada nabi Muhammad s.a.w daripada tokoh mereka sendiri
seperti tokoh legenda Perancis yang tersohor, Napoleon Bonapart di mana
walaupun dia bukan seorang Islam, namun dia pernah berkata,
“Saya begitu kagum kepada manusia agung ini. Saya kagum kerana keagungan
akal dan hati nabi Muhammad s.a.w.”
Begitu juga pandangan ikhlas seorang ilmuwan dari Itali,
Prof Laura Vecccia Vaglieri yang lebih terkenal sebagai seorang orientalis
banyak menghasilkan artikel mengenai Islam dengan katanya,
“Semasa menyeru manusia supaya menyembah Allah yang Maha Esa, nabi Muhammad
s.a.w tidak pernah menggunakan pendekatan yang menghalang manusia daripada
berfikir mengenai kebenaran. Beliau tidak menggunakan pendekatan sihir yang
memukau penglihatan, tidak juga menyeru dengan menggunakan ancaman serta
ugutan. Apakah yang beliau lakukan? Beliau menyuruh mereka supaya menggunakan
akal dan bertafakur mengenai kejadian alam dan rahsia kejadiannya. Dalam bahasa
mudah, dia menyuruh manusia membaca ‘Buku Alam’ dan berfikir mengenainya supaya
dengannya manusia yakin ada kewujudan Tuhan.”
Begitulah jujurnya cetusan tokoh Barat itu dalam
memperkatakan tentang keunggulan Rasulullah SAW. Tetapi mengapakah pada masa
ini mereka tidak membaca dan mengambil peduli apa yang tokoh-tokoh mereka
pernah katakan itu hinggakan tercetus Islamofobia dengan sengaja mewujudkan
bentuk provokasi sentimen agama yang sempit dan tidak bertamadun. Masih banyak
lagi tokoh-tokoh Barat yang bukan Islam yang mengakui kelebihan agama Islam dan
mereka mengangkat imej Nabi Muhammad s.a.w di puncak tinta kajian mereka.
Michael H Hart seorang sejarawan, pakar matematik dan ahli astronomi terkemuka
di Barat meletakkan nama nabi Muhammad s.a.w pada kedudukan teratas dalam
kalangan 100 orang tokoh yang paling berpengaruh. Malah Universiti Harvard di
Cambridge sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat
meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya iaitu
terjemahan ayat 135 Surah An-Nisa :
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّـهِ
وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ
غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّـهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا
الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّـهَ
كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang
sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran)
kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum
kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka
janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran
disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada
keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak
menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun
enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1-5 surah ar-Ruum :
الم ﴿١﴾
غُلِبَتِ الرُّومُ ﴿٢﴾ فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن بَعْدِ
غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ ﴿٣﴾ فِي بِضْعِ
سِنِينَ ۗ لِلَّـهِ الْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ
الْمُؤْمِنُونَ ﴿٤﴾ بِنَصْرِ اللَّـهِ ۚ يَنصُرُ مَن يَشَاءُ ۖ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ
Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat
sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam
masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang
segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika
berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira.
Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
Kehebatan al-Quran sebagai mukjizat terbesar dan kekal di
mana banyak menceritakan peristiwa dahulu dan akan datang antara bukti bahawa
ia bukan rekaan nabi Muhammad s.a.w sebaliknya merupakan wahyu daripada Allah.
Antaranya kisah kemenangan silih berganti antara Rom Kristian dan Parsi Majusi
yang benar-benar dilihat berlaku oleh para sahabat. Malah semasa kelahiran nabi
Muhammad s.a.w lagi dunia mengalami beberapa peristiwa gempar antaranya
runtuhnya beberapa tiang istana kerajaan Rom dan padamnya api penyembahan
Majusi kerajaan Parsi seolah-olah petanda awal kedatangan nabi Muhammad s.a.w
bakal menjatuhkan 2 empayar besar pada itu iaitu Rom dan Parsi. Ini diikuti
dengan sabda nabi dalam hadis riwayat imam Muslim daripada Jabir bin Samurah
yang bermaksud : Segolongan orang Islam bakal menguasai harta kekayaan kaum
kerabat maharaja Parsi di Abyad. Ia terbukti pada zaman Khalifah Sayyidina Umar
melalui panglima tenteranya Saad bin Abi Waqqas pada tahunn 637 Masihi. Begitu
juga sabda nabi dalam hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim daripada Abu
Hurairah yang bermaksud : Kaisar Parsi bakal hancur dan tidak ada kisra selepas
itu. Kaisar Rom juga bakal hancur dan tidak ada kaisar selepas itu. Harta-harta
rampasan diagihkan pada jalan Allah. Ia terbukti dengan kejatuhan Rom pada
zaman Empayar Uthmaniah pada tahun 1453 Masihi dengan kejatuhan kota Istanbul.
Kita pada hari ini sudah tidak dapat melihat mukjizat
seperti pembelahan bulan, air yang keluar dari celah jari nabi yang mulia,
pokok tamar yang berjalan bila diseru oleh nabi dan banyak lagi mukjizat yang
lain namun mukjizat yang paling besar dan berkekalan terus ada pada tangan kita
umat akhir zaman iaitu al-Quran yang mulia disamping hadis nabi. Umat Islam
dahulu berjaya menguasai dunia kerana berjaya melaksanakan perintah Allah dan
rasulNya termasuk menjatuhkan Empayar Rom dan Parsi. Oleh itu tidak menjadi
suatu perkara yang mustahil untuk menghancurkan kekejaman zionis yahudi dan seterusnya
memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa kerana ia telah dimaklumkan melalui
lidah nabi Muhammad s.a.w.
Kejayaan dan kegagalan kita bergantung kepada sejauh
mana keyakinan dan kesungguhan kita dalam melaksanakan perintah Allah dan
rasulNya dalam setiap aspek kehidupan. Jika Islam yang kita pilih maka kejayaan
yang kita bakal raih. Jika jahiliah yang kita guna maka kehinaan yang kita
bakal terima. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia dan akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ
الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ
الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ
الرَّحِيْمُ
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ
وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ
الْعِقَابِ
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka
patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah
amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya) – Surah Al-Hasy : 7
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ
إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. فَيَا
عِبَادَ اللهِ،
اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ
الْمُتَّقُوْنَ
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai ummat nabi Muhammad SAW kita
wajib mengikut dan mengamalkan apa sahaja yang diperintah oleh Allah dan
Rasulnya serta menjauhi segala larangan Allah dan Rasulnya. Tidak ada gunanya
kita mempunyai contoh teladan yang terbaik jika hanya digunakan untuk
bermegah-megah. Tiada maknanya kita mempunyai Syariat dan cara hidup yang
terbaik jika tidak kita amalkan sepenuhnya dalam kehidupan kita. Tidak ada
kewajarannya kita memohon syurga Allah jika segala kehidupan kita hanya
dipenuhi dengan amalan penghuni neraka.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ
وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ
الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ
يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ
رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ
عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا
مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ
الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ
الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ
وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله
يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ
الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ،
يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan