3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
JEMPOL - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan disahkan meninggal
dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jempol, setelah kereta yang
dipandu bapanya terbabit dalam nahas di Kilometer 1 jalan Bahau–Rompin,
lewat petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang itu, kereta Proton Wira dinaiki bayi terbabit sekeluarga dalam perjalanan dari Rompin ke pekan Bahau.
Menurutnya, secara tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Toyota dari laluan bertentanganmasuk ke laluan mangsa kerana dipercayai ingin masuk ke simpang menghala ke Kampung Bakar Batu.
“Berikutan itu, mangsa tidak dapat mengelak, lalu merempuh bahagian kiri Toyota yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun itu.
“Akibat rempuhan itu, bayi terbabit terlepas daripada pegangan ibunya dan tercampak ke cermin bahagian depan kereta,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.
Hamzah berkata, ibu dan bapa bayi terbabit yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan, manakala anak lelakinya berusia setahun selamat.
“Bayi terbabit meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.
“Bagaimanapun, pemandu Toyota tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dia telah datang ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya.
Katanya, mayat bayi itu telah diserahkan kepada keluarganya setelah selesai proses bedah siasat pada sebelah malamnya hari sama.

sinar/-
1 ulasan:
Saya selalu tertanya2, anak2 kecil yang tidak berdosa apabila malaikat maut datang menjemput mereka, adakah mereka turut merasa kesakitan sakratul maut itu? Saya tak tahu kalau pertanyaan saya ini salah, tapi setiap kali bila terbaca tentang kematian anak2 kecil saya terbayang2 keadaan mereka di kala mereka menghadapi maut.
Catat Ulasan