14 Februari 2013

Support4AzrulAzwar iklan dalam akhbar harian

3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Gerakan untuk membela Ketua Ekonomis Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, Support4AzrulAzwar, naik satu tangga lagi melalui iklan yang mereka siarkan dalam akhbar hari ini.

(Iklan tiga suku muka surat dalam TheSun hari ini)

Sekurang-kurang sebuah iklan tiga suku muka telah disiarkan dalam akhbar TheSun hari ini.

Iklan bertajuk 'Solidariti bersama Saudara Azrul Azwar Ahmad Tajudin Ketua Ekonomi Bank Islam' itu disiarkan di muka 11 akhbar berkenaan hari ini.

Iklan itu memaparkan 59 organisasi yang menyokong penyataan itu di samping 135 individu yang menyokongnya.

Di antara organisasi yang menyokong kenyataan iklan ini adalah Aliran, Ikram, Bersih, Mafrel, Gerak, Permas dan sebagainya.

Individu yang terlibat menyokong iklan ini adalah 16 orang profesor dan profesor madya, 29 orang doktor, lima datuk dan sebagainya.

Azrul Azwar telah digantung tugasnya oleh Bank Islam berikutan laporan berita yang melaporkan beliau menjangkakan Pakatan Rakyat akan menang tipis dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu dibuat Azrul ketika membentangkan satu kertas kerja dalam satu seminar yang diadakan di Singapura.

Ekoran kenyataan itu, Azrul sekali lagi menegaskan beliau bertegas dengan kenyataannya itu berdasarkan analisa yang beliau buat.

Azrul berkata, beliau membuat tiga andaian iaitu BN menang besar, BN menang tipis dan Pakatan menang tipis.

Iklan yang disiarkan TheSun hari ini memaparkan gambar Azrul dengan kata-kata 'Berani kerana benar, Takut kerana salah'.

Iklan ini juga turut memaparkan laman Facebook mereka iaitu 'Support4Azrul Azwar'.

harakah/-

Tiada ulasan: