3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Kehangatan bahang PRU 13 sudah semakin
dirasai dengan melihat Barisan Nasional (BN) juga telah menaikkan
bendera-bendera mereka termasuk arahan membuka 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah
Mengundi (PDM) BN di 222 kawasan parlimen seluruh negara yang telah
dimaklumkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno Malaysia. Situasi
ini jelas menunjukkan betapa hampirnya PRU 13 dengan pelbagai program yang
menyalahgunakan jentera kerajaan telah diadakan dengan lebih kerap bagi meraih
undi rakyat.
Kami
yakin sejarah kejatuhan BN Perak pada PRU 12 tahun 2008 mampu diulangi kembali
kerana BN ternyata gagal menggunakan tempoh selama tiga tahun selepas ‘rampasan
kuasa’ bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap akauntibiliti dan
ketelusan mereka mentadbir negeri tanpa penyalahgunanaan kuasa dan rasuah. Apa
yang berlaku pada Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang lalu adalah
antara contoh nyata penolakkan rakyat terhadap pemerintahan BN. Malah insiden
yang sama pernah berlaku di Perak selepas ‘rampasan kuasa’ dalam sambutan yang
dihadiri oleh Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir apabila beliau
‘diboo’ oleh hadirin.
Marilah kita tunggu kemuncak tarikh PRU 13
yang akan diumumkan dengan menyemarakkan bendera dan logo Parti bagi membuktikan
bahawa kita dari Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia bagi berdepan dengan BN
pada PRU 13 ini nanti. Malah kita di Perak sudah lama menantikan PRU 13 ini
bagi mengembalikan kuasa rakyat yang telah dirampas selain menunjukkan kita
tidak bertindak di luar lunas undang-undang demi mementingkan kuasa seperti
dimomok-momokkan oleh BN bahawa PR akan melakukan huru-hara jika kalah di dalam
PRU 13. Apa yang jelas sikap BN yang sanggup melakukan apa sahaja demi
mengekalkan kuasa mereka haruslah dihentikan pada PRU 13 kali ini.
DR AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan