3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak,
Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami
keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan
pada pilihan raya umum nanti.
“Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang
pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan
Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno,”
katanya ketika dihubungi.
Nazib berkata, harapan rakyat Sarawak itu dapat dilihat pada sambutan
penduduk Miri yang disifatkannya luar biasa ketika menyambut Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baru Cina
peringkat negeri, Isnin lalu.
“Sambutan memang luar biasa, tambah pula Miri merupakan Parlimen
merangkumi kawasan bandar terdiri dari masyarakat Tionghua, Cina, Melayu
dan Iban,” kata Nazib.
“Lebih 5,000 hadir dalam ceramah di Waterfront Commercial Centre
Miri. Ia perubahan drastik penduduk Miri. Melalui jumlah itu, saya yakin
mereka sangat memerlukan perubahan kerajaan,” jelasnya.
Anwar terus mencipta kegemilangan di Sarawak apabila kunjungan beliau
di sana dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan rakyat
segenap masyarakat.
Kedatangan beliau di Beluru, Bakong disambut ribuan penyokong dengan pelbagai sepanduk.
Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam
usahanya menawan hati rakyat Pulau Pinang walaupun membawa masuk
penyanyi terkenal Korea, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina, pada hari
sama.
Beliau malah dimalukan apabila penonton berkata ‘No’ bila ditanya Najib ‘Are you ready for BN?’.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan