3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KATHMANDU - Seorang penunjuk perasaan Tibet lengkap berpakaian sami, parah selepas membakar dirinya di daerah Boudhanath, Nepal, semalam.
Pegawai polis, Keshav Adhikari berkata, lelaki berumur 21 tahun itu dilihat memasuki sebuah kafe sebelum membakar diri di tengah-tengah jalan raya sambil melaungkan slogan protes terhadap kerajaan China.
"Polis dan orang awam bagaimanapun berjaya memadamkan api dan mangsa dikejarkan ke hospital terdekat," kata Keshav.
Setakat ini, hampir 100 kes melibatkan membakar diri oleh sami Tibet dan penduduk awam dilaporkan berlaku dalam beberapa negeri di China sejak 2009.
Majoriti penunjuk perasaan adalah di kalangan etnik Tibet yang tidak berpuas hati dengan perlaksanaan dasar kebebasan beragama Beijing termasuk tindakan membuang negeri pemimpin agama mereka, Dalai Lama. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan