JOHOR BAHRU - Sebuah kapal tangki bersama muatan 70,000 tan
metrik minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) bernilai RM252 juta ditahan di
perairan Pengerang di sini pada Sabtu lalu selepas dilaporkan hilang di
Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada 10 Februari lepas.
Kapal itu, MT Bramani yang didaftarkan di Jakarta, Indonesia, ditahan
oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada
pukul 5 petang kira-kira 2.3 batu nautika dari tenggara Pulau Lima,
Pengerang.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim
Rozali Md. Said berkata, turut ditahan ialah kapten dan 25 orang kru
kapal yang kesemuanya berasal dari Indonesia.
Katanya, APMM menjejaki kapal itu selepas menerima laporan sebuah
syarikat, Glammarine Services, yang mendakwa kapal itu telah hilang
ketika berlabuh di perairan Tanjung Agas.
"Kami juga berjaya menemui semula semua muatan kapal itu.
"Ini adalah kes paling besar yang pernah dikendalikan oleh APMM," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
kosmo/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan