27 Februari 2013

Najib ragui wibawa pemimpin BN Selangor?

16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor menimbulkan persoalan, adakah perdana menteri itu meragui kamampuan pemimpin Umno BN negeri menerajui jentera parti itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tentunya ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan Umno-BN Selangor sehinggakan Najib sendiri terpaksa memikul tanggungjawab itu.

“Carilah orang-orang Selangor yang lebih berkaliber, jika Datuk Seri Noh Omar tidak dapat melaksanakan tugas itu Najib perlu menyatakan kepadanya,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Kediaman Pekerja Industri di Kelana Jaya hari ini.

Ujar Abdul Khalid lagi, pelantikan itu juga merendahkan taraf Najib Razak sebagai Perdana Menteri sehingga terpaksa menggalas bebanan itu.

“Saya lebih senang hati sebab Najib Razak menjadi pengarah sebab menunjukkan tiada pemimpin yang lebih baik oleh Umno-BN Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Najib Razak dilaporkan telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dengan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebagai timbalannya yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: