25 Februari 2013

onvensyen dimulakan dengan doa perpaduan

14 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Rakyat dimulakan pagi ini dengan doa kepada Allah agar kerjasama dan perpaduan sentiasa terjalin di kalangan pemimpinnya. Doa yang dibacakan oleh Dr Mohamad Nor Manuty itu, Katua Penerangan PKR itu membayangkan harapan tinggi pelbagai pihak untuk melihat perpaduan kompak antara parti-parti dalam Pakatan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail yang menjadi Pengarah Konvensyen dalam ucapan alu-aluannya juga menekankan kepentingan kebersamaan ini.

"Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat," kata Saifudin dalam ucapan alu-aluannya.

Kesemua harapan ini disampaikan ketika Umno dan BN berusaha dengan pelbagai cara untuk menghancurkan Pakatan.

Di kalangan orang Melayu, Umno berkata PAS menjadi kuda tunggangan DAP manakala di kalangan orang Cina pula DAP dikatakan menjadi alat PAS untuk menubuhkan negara Islam.

Pelbagai kenyataan dan gambar pimpinan PAS dan Pakatan diberikan pelbagai tafsir dengan pelbagai cara untuk membayangkan kebimbangan kalau-kalau pemimpin Pakatan tidak bersatupadu.

HARAKAH/-

Tiada ulasan: