14 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini dimulakan dengan
ucapan aluan oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail selaku Pengerusi
Jawatankuasa Penganjur.
Setiausaha Agung KEADILAN itu mula berucap pada jam 10.00 pagi.
Sebelum itu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhd Nur Manuty.
Dalam ucapannya, Saifuddin turut menayangkan video kejayaan KEADILAN, PAS dan DAP bermula 1999 hingga 2008.
“Pembentukan Pakatan Rakyat ini akhirnya mencapai satu lawan satu
dengan Umno BN pada 2008. Ia sekaligus berjaya menafikan majoriti 2/3,”
katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan dan jentera ketiga-tiga
parti.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan