Beijing: Beratus-ratus rumah di barat daya China runtuh dan lebih 20
penduduk cedera apabila gempa bumi berukuran sederhana melanda wilayah
itu, semalam.
Biro gempa bumi di wilayah Yunnan, tempat kejadian itu berlaku berkata, tiga daripada mereka yang cedera, parah.
Agensi berita Xinhua melaporkan, bencana gempa bumi berkenaan merosakkan 2,500 rumah dan 700 daripadanya musnah sama sekali.
Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa berukuran 5.5
magnitud itu berlaku 51 kilometer dari bandar Dali pada kedalaman 33
kilometer. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan