Saya
tertarik untuk memberi kenyataan mengenai kejadian dan isu Pencerobohan
Di sabah ( Lahat Datu dan Semporna) yang menyebabkan kematian anggota
PDRM :
1. Kerajaan Malaysia perlu menyelesaikan secara bijaksana
berdasarkan Undang-undang negara dan antarabangsa bagi mengelak
berlakunya kematian yang lebih ramai.
2.Saya berpandangan isu
pencerobohan negara Ialah isu keselamatan negara yang perlu ditangani
oleh ATM bukannya pihak PDRM dan ianya di bawah tanggung jawab Menteri
Pertahanan.
Seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
3.
Ketenteraman awam adalah di bawah Peranan PDRM dan menjadi
tanggongjawab Menteri Dalam Negeri. Isu di sabah bukannya isu
ketenteraman awam namun ianya melibatkan soal keselamatan negara.
4.Oleh
itu kematian yang berlaku saya sifatkan adalah disebabkan kecuaian dan
kelalaian serta ketidak pertanggung jawaban dalam melaksana perintah dan
arahan mengikut undang-undang yang sedia ada.
5. Oleh itu saya
mencadangkan kepada pihak keluarga yang terlibat untuk menuntut hak dari
segi Undang-undang dengan menuntut gantirugi dan pampasan serta
menyaman pihak Kerajaan Malaysia. Mereka tidak harus telah berpuas hati
dengan anugerah kenaikan pangkat yang diumumkan.
6.Keluarga
mangsa adakah Ibu/Bapa dan ahli keluarga mestilah mengambil tindakan
Sivil mengikut Undang-undang dan Hak Asasi Manusia yang diperuntukkan.
7.Salam
setiap kali insiden besar sering berlaku krisis antara Menteri
Pertahanan Dan Menteri Dalam Negeri. Budaya ini perlu dihentikan dengan
segera.
8. Oleh itu saya mendesak Perdana Menteri, Menteri
Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri mengambil tanggung jawab penuh atas
insiden yang memalukan ini dengan meletak Jawatan dengan segera. Isu
Keselamatan negara bukan perkara mainan.
Kenyataan Media.
4 Mac 2013
YB. Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan