PETALING JAYA: Serangan siber menular antara penggodam
Malaysia dan Filipina pada hujung minggu, mencerminkan pertempuran darat
di Sabah pada Jumaat dan Sabtu.
Penggodam yang didakwa daripada kumpulan penggodam Malaysia dan
Filipina, Anonymous menyerang laman-laman web di kedua-dua negara.
Ia dipercayai merupakan serangan secara maya dilakukan oleh rakyat
Malaysia, beberapa jam selepas insiden tembak-menembak yang berlaku
antara polis dan kumpulan bersenjata Sulu pada Jumaat.
Satu mesej ditulis dalam bahasa Tagalog dipaparkan di laman Facebook
milik Anonymous Malaysia pada hari berkenaan yang memberi amaran kepada
Filipina bahawa mereka akan mengadakan serangan.
Blog Filipina, Pinoy Tech News yang pertama dilaporkan terdapat
beberapa laman web kerajaan mereka diserang oleh perkhidmatan penafian
(DoS).
Beberapa laman web lain turut terjejas.
Penggodam Filipina kemudian membalasnya, menyerang dan merosakkan beberapa laman web persendirian dan milik Kerajaan Malaysia.
Sesetengah mereka mendakwa telah menggodam laman-laman web kerajaan, dan mengumumkannya di Facebook mengenai eksploitasi mereka.
Mereka juga menggesa para pengikutnya untuk melancarkan serangan DoS terhadap laman web tempatan.
Satu kenyataan yang didakwa dilakukan oleh Anonymous menggesa penggodam dari kedua-dua negara untuk bertenang.
“Perang maya tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada kita tetapi
akan memberikan tanggapan yang salah... Marilah kita membantu kedua-dua
Filipina dan Malaysia supaya bersatu, tiada sebab untuk bermusuhan,”
katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amiruddin Abdul
Wahab berkata, kerajaan turut menyedari perkara itu, namun beliau enggan
mengulas lanjut.
mStar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan